Kawan2

Rabu, 27 Februari 2013

Mai Utara 9: Restoran Sri Pumpong

Restoran ni terletak dekat kedai sederet selepas Kedah Medical Centre. Ada banyak lauk kampung kat sini. Makan memang puas hati.....




Dah kejut suruh makan....tapi tak mo bangun jugak

Ni namanya anak abah!!!




MiMi "2" ADIA

Mai Utara 8: Mee Abu

Yang ni satu lagi makanan yang must eat bila sampai kat sini. Mee Abu adalah mee mamak je dan bukan dimasak atau ownernya nama Pak Abu. Mee ni dimasak menggunakan arang sebab tu dipanggil abu. Ada 2 jenis....satu mee goreng dan satu lagi mee rebus. Satu lagi, diorang letak paru kat dalam mee tu.





MiMi "2" ADIA

Selasa, 26 Februari 2013

Mai Utara 7: Mat Cucur Udang

Mat cucur udang......kempunan aku kali ni. Review dari blogger buat aku terliuq.... Sekali bila aku g kat stall yang berderet kat Taman PKNK, takde pulak....tak tau la sama ada aku salah tempat atau gerai tu yang tak bukak. Lapar punya pasal, aku just beli je pulut panggang panas je kat area gerai tu. Ha....memang sedap....isik die memang banyak. Maapla no....takde gambaq pulut panggang sebab dah belasah dulu mase dalam kereta.

Bila jalan-jalan ke Pekan Rabu, ada banyak stall kecik kat tepi jalan. Sekali ada orang jual cucuq udang. Nampak macam best je sebab tengok kat adunan tepung tu pun banyak sayuq ngan udang. Aku order n boleh tahan sedap jugak. Adia1 pulak yang belasah banyak-banyak....ceh




MiMi "2" ADIA

Mai Utara 6: Komalaut, Kuala Perlis

Jenjalan lagi sampai ke Kola Perlis. Kali ni g makan ikan bakar kat Komalaut (Kompleks Makanan Laut).



Set ulam, sambal belacan, air asam

Ikan gerut-gerut 3 rasa

Tomyam 1 orang makan....banyak gila isik dia

Sotong goreng tepung
Siakap bakar


MiMi "2" ADIA kebuntat habis.

Mai Utara 5: Holiday Villa Alor Setar

Destinasi seterusnya adalah Alor Setar dan aku check in dekat Holiday Villa.


Ko tengok ape tu?

Sarap pagi.....yang wajib bagi aku mesti ade omelete/scramble egg

Seafood dimsum

Sebenarnya menu mee sup....tompi aku just amik sup & sayur je
Pemandangan Alor Setar dari tingkap bilik tingkat 14



Review dari orang ramai, this is the best hotel dekat Aloq Staq ni.....tompi bagi aku...ado!!!! sebab apa? Hotel ni berkira sangat, first time aku jumpe hotel cam ni. Maybe diorang punye rules memang kene straight sebab tu boleh jadi paling terkenal kat cni.

MiMi "2" ADIA

Isnin, 25 Februari 2013

Mai Utara 4: Zoo Taiping

Kami singgah ke Zoo Taiping, ingatkan ramai orang since hari tu adalah Sabtu....rope-ropenye lengang. Nak parking pun senang gile, tak macam mase aku datang ngan Honda Guy ari tuh.

Kali ni aku ajak naik trem jelah, sebab kalo ikut history cam dolu tu, mau berejam-rejam + kepenatan yang amat pasal berjalan lama sangat. Tapi kalo berjalan kaki sebenarnya lebih seronok dan bebas nak buat apa pun. Tapi kali ni, zoo taiping memang tak berapa nak best. Masa aku pergi dolu tu, mostly binatang yang aku nampak sumenye sedang diberi makan, so memang seronok lagi-lagi aku masuk sendiri dalam kandang kanggaro n bagi makan kat binatang tuh. Cerita lanjut ada kat sini. Lagi satu, ade banyak construction yang diorang nak buat sampai agak mencacatkan pemandangan.





Hasil pertama photographer Adia2


MiMi "2" ADIA

Ahad, 24 Februari 2013

Mai Utara 3: Buah Tampoi

Singgah kejap kat Hentian Sebelah Plus Highway. Jumpa satu buah yang aku tak pernah jumpe n makan. En Suami kate kesiannya isteri dia ni tak pernah makan buah tampoi. Dia belikanlah sekilo bagi aku rasa. Rasa dia memang sedap.....ala-ala makan buah rambai

Buah Tampoi
Isi dia putih melepak


MiMi "2" ADIA

Mai Utara 2: Regalodge Hotel Ipoh

Malam aku check in dekat Regalodge hotel, Ipoh. Aku just amik Standard room je since besok pagi-pagi dah nak check out. Bilik dia agak sempit dan katil single pun agak kecik je aku tengok. Tak macam standard kat hotel-hotel yang pernah aku pergi. Maaf la tak de gambo bilik sebab aku dah kepenatan
+ mengantuk yang amat....huhuhu.

Breakfast kat sini takde buffet. Just pilih je setiap sorang sati main menu, satu air & satu roti toast. Nama main menu pun pelik semacam je, terpaksa tanya kat waitress tu satu demi satu. Aku amik omelete wrapper n En Suami pilih sandwich jer. 2 orang Adia dapat free pancake. Roti toast aku amik yang biasa n butterscotch.

Deco meja yang sangat2 sweet.


Omelete dengan wrapper

Sandwich


MiMi "2" ADIA

Mai Utara 1: Ke Ipoh

Aku nye planning, aku akan pulang sharp-sharp bila opis hour dah abis. Mana tau, Mr. Bos wat meeting pulak....adoila. Bontot pun dah kepanasan kat kerusi tu. Nak mencelah bagitau nak balik pun susah, sebab Mr. Bos asik bercakap je dari tadi. Last-last, berjaya gak mencelah n dekat pukul 6 baru aku dapat keluar dari opis. Lepas tu aku amik 2 orang Adia dan bersiap-siap ape yang patut kat rumah. 2 orang Adia tu, memang tak tau ape-ape pun pasal operasi kali ni....hihihi. Bila teksi sampai je, terus melompat budak-budak tu.....yang diorang tau, kalau naik teksi ni mesti either nak naik keretapi atau naik bas, pastu mesti duduk kat hotel. Adia2 punya la seronok sampai demam terus hilang, mulut tak berhenti bercakap, sampai Uncle Teksi pun naik seronok dengar dia membebel....huhuhu

Kali ni, aku pilih naik bas ekspress je untuk menuju ke Ipoh. Cuma 2 bende je yang aku tak suka pasal bas ekspress nih berbanding naik keretapi. Satu bile jalan jem....satu lagi kesejukan yang melampau sampai aku tak boleh nak bernapas.....sakit batang hidung pasal terlalu sejuk. Aku ade jugak tanye kat drebar bas, tak boleh ke slow sikit aircond tuh. Dia kata memang tak boleh, sebab diorang guna automatik aircond bila enjin start n takdenye button low, medium, high bagai.....nangissss.

Aku naik Plusliner n bas bergerak lewat 15 minit. Nasib baik jalan ke utara tak jem. Jam 11 malam aku da sampai Medan Gopeng, Ipoh......dan En Suami sudah sedia menunggu.


MiMi "2" ADIA dah makan-makan dan sampai hotel, sejuk naik bas tak defrost lagi kat badan aku.....huh

Ubat

Kelmarin lepas opis hour aku bekejar ke Sek 20 untuk hantar kapkek dekat kastemer. Cik Salmah gebu pun follow sekali. Sebelum ke sana, aku singgah dulu amik 2 orang Adia tuh. Rope-ropenye, Adia2 demam la pulak.....asik merengek je.

Since badan Adia2 dah panas sangat, aku pun suruh dia makan ubat......tapi dia tak mo la pulak, siap nangis bagai. Adia2 kata, dia cuma nak cool fever je. Sambil tu, aku tetap la pujuk suruh makan ubat. Atas permintaan budak demam itu, aku pun ke kedai carik cool fever....tinggallah 2 orang Adia tu dengan cik Salmah gebu kat dalam kancil yang dipam tu.

Al-kisahnya ade ceritera masa aku tinggalkan diorang dalam kancil pam tuh.
Cik Salmah Gebu: Ari baik tak????
Adia2: Tak......
Cik Salmah Gebu: Aiseh....Ari kene makan ubat, nanti kawan-kawan ari tak suka.
Adia2: Kenape?
Cik Salmah Gebu: Ari ade ramai kawan kan? Kalau tak makan ubat, nanti diorang sume tak nak kawan dengan Ari
(Adia2 termenung...)
Cik Salmah Gebu: Ari makan ubat ye!!!
Adia2 mengangguk lemah
Cik Salmah Gebu: Uzma, ha....cepat bagi adik makan ubat tuh
Adia1: (Dengan suara yang besar + garau) Hah....makan ubat cepat, kalau tak makan, nanti hantu datang
Adia2 terus la meraung kat situ. Terus takjadi makan ubat.................


MiMi "2" ADIA Adia1 pun sengal jugak...........

Khamis, 21 Februari 2013

Jaya One

Baru baru ni aku singgah kat area X- opisku (aiskepal) @ Jaya One.....tapi takde la sampai naik ke atas opis huhuhu. Sebenarnya hari tu aku ade jumpe client kat Segambut, and on the way balik opis tu aku singgah la lunch kat situ. Teringin jugak nak usha-usha n naik atas kat Blok B tu, tapi bila pikir-pikir balik, malas la pulak.

Restoran-restoran kat situ dah banyak yang bertukar ganti, yang still bertahan sampai sekarang OldTown, Ducking, Al-Esfan, Tappers, Starbucks & Brisik. Ada satu restoran melayu kat situ, Restoran Chumur, so aku try la makan kat situ. Ada menu lauk-pauk n goreng-goreng.

Tapi aku lepak kat situ tak lame mana pun. Lepas makan ca alip but....sebab banyak lagi kije kat opis yang nak kene buat.


MiMi "2" ADIA

Rabu, 20 Februari 2013

Sakit Tulang

Adia2: Mimi, ari sakit tulang la
Mimi: Hah o_O ....sakit kat mane
Adia2: Ni, kat perut
Mimi: Oit, agak-agak la....mana ada tulang kat perut :*)
Adia2 terus termalu-malu hamster.


MiMi "2" ADIA apakah motif adia2?
Published with Blogger-droid v2.0.10

M Bariani

La ni aku tak mo ceritera pasal nasi beriani, cuma tajuk pos kali ni berlaku kat Restoran M Bariani, Kemuning Utama. Baru-baru ni restoran ni perkenalkan beberapa menu baru, so aku try la salah satu which is set asam pedas. Ada beberapa jenis ikan, n aku pilih jenahak (kelasss betul selere aku, setakat kembung da tak pandang dah....teruk betul la).

Rase die....jeng jeng jeng....memang kena la dengan lidah aku ni, pedas tak terlalu masam, n yang penting kemanisan jenahak tu memang terasa.
Nasi pun buat bentuk love



Published with Blogger-droid v2.0.10


MiMi "2" ADIA

Ahad, 17 Februari 2013

Tukar Nama: UZMA

Orang tua-tua (ke orang-orang tua) penah berpesan, kalo seseorang tu selalu sakit atau degil yang amat, maknanya nama dia tak sesuai atau berat. Jadi atas nasihat beberapa orang yang berpengalaman, aku pun telah menukar nama adia1 kepada UZMA, dengan kes kedegilan yang melampau hingga menyebabkan aku selalu menjadi raksasa gorgon. Walau bagaimanapun, nama adia1 masih digunakan untuk kes official je.

Uzma means terbaik, jadi aku harap lepas ni, adia1 boleh melaksanakan tanggungjawab dia  dengan lebih baik lagi. Aku pun dah tak larat nak bertukar jadi makhluk hijau tiap kali dia wat hal.


MiMi "2" ADIA adia2 panggil kaklongnya 'KATAK ZUMA'......sengal
Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 12 Februari 2013

Nasi Kandar Kudu

Kepada peminat tegar nasi kandar, jangan lupe mai kat sini ye. Inilah nasi kandar pertama yang aku makan masa zaman kanak-kanak riang dulu. Bunda la yang ajar makan mende nih, hingga menyebabkan aku menambah nasi kandar sebagai salah satu list peberet aku. Kedai ni terletak di Medan Tunku, KL......ala, kat depan Tune Hotel je. Kalo nak tau, dulu aku lahir kat dalam bangunan Tune Hotel hihihi.....dulu bangunan Tune Hotel adalah Pusat Rawatan Sentosa.


Tu diaaaa...beratur dulu ye. Ni aku pergi hari cuti tau.
Harga memang berbaloi dan agak murah berbanding kedai-kedai nasi kandar yang glamour kat sekitar Klang Valley. Aku dan Honda Guy bungkus 4 nasi kandar, setiap satu lauknya adalah kambing, ikan, sotong dan daging hitam. Balik rumah, berebut makan sampai licin ....


MiMi "2" ADIA burpppppppp!!!

Sarapan Ketupat

Ha....sarapan kali ni kat kampung spesial sikit, yakni makan ketupat + kuah kacang + rendang daging. Dah macam raya la pulak hihihi. Bukan ape, daun kelapa kat umah banyak, tu yang Mr. Abah gatal tangan dok nganyam sarung ketupat. Aku? boleh je buat, tapi sibuk siapkan order dari kastemer, jadik, tugas aku adalah tolong makan ketupat je la.

Kuah kacang + rendang




MiMi "2" ADIA

Isnin, 4 Februari 2013

Delloyd Annual Dinner 2012

Lokasi kejadian kali ni dekat Plaza Centro, Klang.....ala, sebelah dewan hokkien (tempat kejadian tahun lepas) tu je. Tahun ni aku bertolak awal sebab takut jem macam tahun lepas. Tema tahun ni Ruby Night, so meriah sungguh Plaza Centro penuh dengan manusia-manusia berbaju merah + hitam. Kalau tahun lepas gift adalah payung, kali ni cawan termos pulak. Cerita banyak tak guna, layan gambar je la.


Invitation card. Aku terlibat sikit-sikit dalam designing kad nih especially bab kaler n gambar kristal hati tuh

Pentas

Dalam dewan Centro

Posing dulu kat dinner board

2 orang membe yang selalu berkepit ngan aku kat Delloyd
Barisan AJK dinner. Yang kanan sekali + baju purple (apsal ajk lari tema nih) = Faizal = partner baru aku

Yang tengah-tengah tu pulak admin kat IT = Zan

Ni bos kecik aka bos IT Dept = Mr. Lee
Ha....yang guy dalam gambar nilah bos besar aku...Mr. Chua(Deputy CEO). Ape-ape hal, aku direct terus je ngan die.

Menu dinner

Popia, Dim Sum, Sotong kangkung, labu

Ha! nilah sup sirip ikan + isi ketam

Ikan sweet sour
Udang 2 rasa: Salad udang + Udang butter oat

Sayur campur

Nasi gorang cina: Tak laku suda...sebab dah kekenyangan

Sea bird nest + bebola goreng isi kaya.
Yang chinese girl tengah sepit makanan = Siew Teng = account
Baju hitam = Dato' Leon (bos aku jugak tapi aku tak selalu report ape2 dengan dia)
Baju merah = Chong (senior exec IT Dept)

Penerima 5years service award: Dapat jam tangan

Penerima 10years service award: Dapat loket emas
Penerima 15years service award: Dapat jam tangan

Persembahan ni yang paling hampeh.....seksi nak mampus. Ceh!

Penerima 20years service award: Dapat loket emas


MiMi "2" ADIA
Published with Blogger-droid v2.0.10