Kawan2

Khamis, 30 Julai 2015

Siem Reap, Cambodia: Day 4

Hari terakhir....daku dan Linda masih lagi gagah merayau sambil bershopping sakan....hahaha. Ni semua Linda punya pasal, dapat last minute order dari kaum kerabat di Malaysia. Dah tu, berjaya pulak complete semua order dalam masa 2 jam. Ada yang terpinga-pinga lihat kami yang baru pulang ke bilik, sedangkan mereka bersiap-siap untuk check out.....hehehe.


Sesi bergambar sebelum berangkat pulang

Destinasi terakhir sebelum kami berangkat pulang adalah Artisans Angkor, bengkel dan galeri seni bagi barangan kraft dan sutera. Di sini kami di bawa melihat proses dan teknik dalam pembuatan kraft, gambar dan patung yang bersumberkan besi, batu dan kayu. Tidak lupa juga pada galeri yang menjual segala hasil kraf mereka kepada pengunjung. Semua hasil kraft disini sangat berkualiti, cantik dan eksklusif, harga pun haruslah eksklusif juga....hehehe.

Bengkel ukiran patung

Bengkel tenunan sutera

Bengkel lukisan

Bengkel seramik

Antara hasil kraft

Seterusnya keberangkatan pulangVVVIP melalui Siem Reap International Airport....hehehe, tak sabar nak balik ni. Tiada sesi makan tengahari pada hari tersebut kerana kesuntukan masa untuk mengikuti jadual penerbangan. Serius kelaparan!!! Nak makan kat airport, belum tentu halal. Nasib baik ada lagi roti krim yang Linda bawa dari Malaysia hari tu. Belasah je la setakat buat alas perut, nanti atas flight, boleh makan lagi.

Ketika melalui pemeriksaan imegresen, aku berdebar-debar je.....yelah, cerita hikayat yang popular di sini adalah pegawai imegresen biasanya akan minta tip kepada pelancong. Kalau pelancong dari Malaysia, biasanya kena hulur RM10 @ RM5 (eh...diorang terima duit Malaysia tau). Nampaknya memang rejeki aku kot, terlepas akhirnya tanpa memberi sebarang tip hasil tersengih-sengih ayu di depan pegawai imegresen tu....hehehe. Pabila kami berkumpul semula, ramai yang merungut kerana terpaksa menghulurkan tip pada mereka, tetapi nilainya cuma RM1 ataupun USD1.

Dugaan datang lagi.............di saat kelaparan, mulalah berangan MAS akan supply nasi seperti penerbangan datang ke Cambodia hari tu. Tetapi, yang terhidang cuma sandwich dengan roti yang agak keras.....huhuhu. Tettttt...sila bersyukur.....sila bersyukur!!!

Penat menunggu sampai tertidur......shhh!!! sebenarnya penat bershopping sampai tak cukup tidur.


Bye bye Siem Reap..........KL, mu tunggu aku datang!!!



Dah sampai!!!! Malaysia....oh tanah airku!!



MiMi "2" ADIA

1 ulasan:

theolrascal berkata...

Sakan sungguh si Linda tu dan kamu menyopping ya.. haha.