Kawan2

Khamis, 24 November 2011

Konsert Taska Riang Ria

Baru2 ni, taska Adia1 & Adia2 menganjurkan persembahan konsert. Adia1 buat persembahan dikir barat dan nasyid. Adia2 pulak menari lagu bollywood, chicken dance n lagu jangan pandang2.

Aku pun pelagi, sampai2 je terus chop duduk kat depan sekali. Bile time 2 orang Adia tu buat persembahan, aku pun syok2 la rakam video diorang. Tengah kusyuk wat kerja halal tu, tetibe jer kat screen tu kluar "your tape is full"...ayakkkkk. Dah tu tak bawak backup tape pulak....Memang ado laaaa.

Adia1 buat persembahan macam blurrr je aku tengok....padahal diorang da start berlatih sejak awal tahun lagi. Dahla dok kat belakang sekali kat semua persembahan.....Adakah die dok kat belakang sebab die tinggi atau sebab blur / x ready / x hapal? aiyyyooooo. Jom tengok video dari Adia1

Adia2 plak....haish....terlebey suda. Bukan main lagi menari kat atas pentas tu. Kalo x caye, tengok video kat bawah ni. Pengasuh kat taska kate, Adia2 penyelamat keadaan. Bila kat taska, Adia2 takmo menari pun, padahal bile kat rumah, kemain lagi die menari. Bile atas pentas depan org ramai bole pulak menari, dah tu disaat saat hampir separuh geng die kene bawak turun pasal lebih banyak menangis dari menari....huhuhu

Habis persembahan ade upacara penyampaian hadiah untuk performance budak2 ni sepanjang tahun. N tak lupe jugak cabutan bertuah....Since setiap parents diberi 5 nombor, finally aku dapat 3 hadiah....wakakaka...

MiMi "2" ADIA

Tiada ulasan: