Baru-baru ni, aku ade dapat satu email tentang library shah alam yang baru ni. Nampak macam menarik, selain daripada buku-bukuan, ade jugak tempat untuk kanak-kanak berhibur dan jugak panggung teater. Oleh kerana selalu je sibuk kat opis, aku tak sempat nak google info pasal library nih. Yang aku tau location die kat sek 13. Pelik jugak pasal tak pernah nampak bangunan baru pun kat area sana. Mr. Buher pulak kate kene ikut jalan kelab golf.
Ahad lepas, selesai je shopping kat tesco, aku pun tergerak hati nak ke sana. Aku pun belasahla masuk ikut jalan kelab golf SAAS. Seyesli, tak de signboard pun pasal library nih kat sana. Cuma ade banner bunting kat tiang lampu, tapi still tak de anak panah. Berpusing-pusing jugak aku kat sane, sampai ke area kondo. Rope-ropenye, library tuh betul-betul depan kelab golf….cisss. Bangunan die besar & cantik. Ade tasik lagi. Tapi sayangnye, tutup pulak hari tu pasal public holiday.
Gambar ni amik dari dalam krete je, pasal hujan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan