Kawan2

Selasa, 20 Disember 2011

Ohhh...nyaris Mak tipah tertipooo

Petang semalam aku dapat satu call. Pelik gak pasal kat handphone tu tertulis "Unknown Caller". Sape plak nih..
Caller: Hello, saya Tuan Haji Nawawi dari Celcom Kuala Lumpur. No phone anda telah memenangi cabutan bertuah sebanyak RM5000
Aku: Hah, yeke. Betul ke ni. Tak pernah dengar pun Celcom ade wat peraduan camni.
(Dalam hati rase pelik pasal mamat tu cakap macam tak berape fasih je. Cakap melayu tapi pelat org luar)
Caller: Betul. Ini sebagai menghargai pelanggan. Boleh beri no akaun bank untuk kami masukkan duit tersebut
Aku: Eh, you bagi cek jela.
(Curious...mane ade org nak bagi hadiah cash ribu riban just transfer ke akaun bank je. Even 50 hengget pun mesti pakai cek)
Caller: Err....boleh. Tak de masalah.
Aku: You pos jela cek tu
Caller: Tak boleh. Kalau nak cek tu jugak, kite jumpe 15 minit dekat Celcom Kuala Lumpur.

Wah.....nampak sangat penipooo. Celcom kan kampeni besar. Mesti ade majlis utk bagi hadiah. Lepas tu, aku dah start tak paham ape mamat tu membebel. Yang aku dengar perkataan police report. Lepas tu die janji akan contact aku balik lepas 15 minit. Sampai kesudah die tak tepon aku...mwahahaha. Makin berani betul puak2 ni kelentong orang ramai. Dulu pakai sms je, la ni siap tepon lagi....isk isk isk


MiMi "2" ADIA  yang tengah berangan....kan best kalo betul2 dapat 5K....Cis

2 ulasan:

aliaaroslan berkata...

pentipu semakin berani. gile ah diorang ni amek risiko

Shiema berkata...

@aliaa: betul tu....siap dengar lagi backsound belah mamat tuh macam tempat operator jawab tepon...