Kawan2

Isnin, 2 September 2013

Movie Time: Tanda Putera

Filem ni yang memang aku tunggu-tunggu dan tak sabar nak tengok dari dulu lagi. So, aku booking tiket tengok kat GSC MidValley. Aku tak terkejut bila masuk je kat dalam Hall tu, orang tak ramai & tak sampai separuh pun yang nak tengok movie ni. Dah mentaliti orang-orang kat Malaysia ni, tak berapa suke tengok movie-movie genre berat nih. Tapi kalo movie seram / lawak bodoh memang boleh box office. Katenye dah penat perah otak study / kerja masa weekdays, so bila tengok movie nak yang ringan-ringan je.....Pendapat memasing kan.



Ape-ape pun, ade jugak yang datang dengan kejutan.....datang dengan baju melayu sepasang....lagi patriotik!!!. Bila part Negaraku kemundang, gile semangat semua nyanyi dengan kuat-kuat....wah, ada lagi yang semangat waja camni kat Malaysia. Ingatkan puak-puak yang seangkatan camni ni dah pupus, sebab kat surround aku, memang dah tak wujud bende-bende nih.....Contoh yang paling best masa assembly bulanan kat Delloyd n kene nyanyi lagu Negaraku. Ade warganegara Malaysia kat sini just bukak mulut je, suara tak keluar. Lagi satu, tak reti berdiri tegak bila Negaraku berkumandang....lagi berlari-lari masuk barisan adalah.....agaknye, dulu kat skola cikgu tak ajar kot.....huhuhu

Overall muvi ni memang best....memang tak rugi aku bawak 2 orang Adia tu. 


MiMi "2" ADIA air mataku tumpah jua di akhir cerita....warghhh

2 ulasan:

aliaaroslan berkata...

arghh jeles dah tengok. orang baru nak pergi ni. tapi takde time... kena tunggu keluar kat astro first la camni.

Shiema berkata...

hahaha.....sila jeles....sila jeles.