Kawan2

Khamis, 3 Februari 2011

Tempoyak Goreng Dgn Ikan Bilis Petai

Cuti Raya Cine ni aku tak kemane pon, just lepak2 kat umah mak pak kat Sg Buloh.Tengahari tadi, mak kluarkan tempoyak dari peti ais. Dah kluarkan tempoyak ni, maknenye kene goreng la......Aku rase tak ramai orang yang pernah makan tempoyak goreng ni.Sepanjang idop aku ni, tak pernah jupe kat kedai pun. Famili belah pak aku je yang rajin masak tempoyak goreng nih.

Rase die? Of course la sodappppppppppp. Pedas, campur masam manis tempoyak, pastu ade plak ikan bilis yang rangup......fuh, terliur jap.



Bahan2:
Tempoyak
Ikan Bilis
Petai (Kalo suke)
Cili api
Bawang merah / bawang besar
Garam n Gula

Care2 masak:
Cili api ditumbuk lumat. Hiris bawang. 
Campurkan petai, cili n bawang ke dalam tempoyak. Gaul rata. Kalau masam sangat tempoyak tu, letak gula.
Ikin bilis digoreng sampai garing. Angkat
Goreng pulak tempoyak tu sampai nampak lebam dan garing.
Masukkan ikan bilis tadi. Kacau sebati
Tadaaaaa....dah siap. Simple je tapi, sodapppp


MiMi "2" ADIA yang tak pandang kiri kanan bile makan tempoyak goreng

Tiada ulasan: