Kawan2

Ahad, 24 Februari 2013

Mai Utara 1: Ke Ipoh

Aku nye planning, aku akan pulang sharp-sharp bila opis hour dah abis. Mana tau, Mr. Bos wat meeting pulak....adoila. Bontot pun dah kepanasan kat kerusi tu. Nak mencelah bagitau nak balik pun susah, sebab Mr. Bos asik bercakap je dari tadi. Last-last, berjaya gak mencelah n dekat pukul 6 baru aku dapat keluar dari opis. Lepas tu aku amik 2 orang Adia dan bersiap-siap ape yang patut kat rumah. 2 orang Adia tu, memang tak tau ape-ape pun pasal operasi kali ni....hihihi. Bila teksi sampai je, terus melompat budak-budak tu.....yang diorang tau, kalau naik teksi ni mesti either nak naik keretapi atau naik bas, pastu mesti duduk kat hotel. Adia2 punya la seronok sampai demam terus hilang, mulut tak berhenti bercakap, sampai Uncle Teksi pun naik seronok dengar dia membebel....huhuhu

Kali ni, aku pilih naik bas ekspress je untuk menuju ke Ipoh. Cuma 2 bende je yang aku tak suka pasal bas ekspress nih berbanding naik keretapi. Satu bile jalan jem....satu lagi kesejukan yang melampau sampai aku tak boleh nak bernapas.....sakit batang hidung pasal terlalu sejuk. Aku ade jugak tanye kat drebar bas, tak boleh ke slow sikit aircond tuh. Dia kata memang tak boleh, sebab diorang guna automatik aircond bila enjin start n takdenye button low, medium, high bagai.....nangissss.

Aku naik Plusliner n bas bergerak lewat 15 minit. Nasib baik jalan ke utara tak jem. Jam 11 malam aku da sampai Medan Gopeng, Ipoh......dan En Suami sudah sedia menunggu.


MiMi "2" ADIA dah makan-makan dan sampai hotel, sejuk naik bas tak defrost lagi kat badan aku.....huh

Tiada ulasan: