Kawan2

Selasa, 29 November 2011

Mi Bandung Muar…..POWER!!!!

Kalau tak silap name kedai ni adalah restoran nilam. Kedai ni dekat je kat rumah aku a.k.a kat sri muda, sek 25, kat tepi Esso baru. Rasenye kedai ni dah lama beroperasi, tapi aku je tak perasan kot pasal shoplot area kedai ni mostly opis, bengkel n kedai motor. Jadi tak de motip la aku nak ke sana selama ni.
Specalize kat cni, mi bandung muar, lempeng n sup tulang. Mi bandung memang marbelesss. Seyess……lempeng pulak, selain lempeng biase, ade lempeng pisang. Sup tulang tak berkesempatan nak rase, tapi mostly selain mi bandung, ramai jugakla customer dok order sup tulang. Nampaknye, jadi pelanggan tetap la kat sini lepas ni


MiMi “2” ADIA yang tak dapat snap gambar pasal tak bawak kamera.

Di Suatu Malam Di Kedai Makan….

Aku duduk kat satu meja bersama-sama 2 orang Adia. En suami pulak pergi parkingkan kereta. Mase tokey kedai nak amik order, tetibe je Adia2 amik kad mainan die, pastu buat-buat kad tu jadi phone.

Adia2: Abah kat mane? Ape? Ooooo kat kereta. Nak minum ape? Teh tarik ke? Ok jape ek……. Teh tarik satu…(sambil die gelak-gelak)

Tokey kedai dah tahan nak gelak guling-guling. Aku pun mengiakan je order Teh tarik tu untuk En suami. Dah memang air wajib die bile g kedai….huhuhu


MiMi “2” ADIA yang nak sekeh je kepale budak tuh….hehehe

Perpustakaan Shah Alam

Baru-baru ni, aku ade dapat satu email tentang library shah alam yang baru ni. Nampak macam menarik, selain daripada buku-bukuan, ade jugak tempat untuk kanak-kanak berhibur dan jugak panggung teater. Oleh kerana selalu je sibuk kat opis, aku tak sempat nak google info pasal library nih. Yang aku tau location die kat sek 13. Pelik jugak pasal tak pernah nampak bangunan baru pun kat area sana. Mr. Buher pulak kate kene ikut jalan kelab golf.

Ahad lepas, selesai je shopping kat tesco, aku pun tergerak hati nak ke sana. Aku pun belasahla masuk ikut jalan kelab golf SAAS. Seyesli, tak de signboard pun pasal library nih kat sana. Cuma ade banner bunting kat tiang lampu, tapi still tak de anak panah. Berpusing-pusing jugak aku kat sane, sampai ke area kondo. Rope-ropenye, library tuh betul-betul depan kelab golf….cisss. Bangunan die besar & cantik. Ade tasik lagi. Tapi sayangnye, tutup pulak hari tu pasal public holiday.
Gambar ni amik dari dalam krete je, pasal hujan


MiMi “2” ADIA yang berazam nak kesana lagi sekali.

Rekod Prestasi Adia2

Sabtu lepas Taska Adia2 ade wat pengambilan rekod prestasi untuk kanak-kanak dari 2T ke 6T. Nampak gayenye kene pegi jugakla, since Adia2 baru berumur 3T dan walaupun aku mengalami kemalasan tahap ke-10……huhuhu. Papehal pun, konsepnye same je ngan ambik report kad kat sekolah Adia1

Pengasuh kate, Adia2 kat taska memang tak de masalah, senang je nak uruskan. Tapi, bile bab makan, die memang no 1. Orang pertama start makan n orang terakhir yang habis makan….hehehehe

Kesimpulan dari Cik/Puan pengasuh adalah (statement dari kertas laporan) “Kanak2 yang berani, berdikari, mempunyai keyakinan diri & cemerlang”…..Aku pun diberi satu set fail Adia2 yang penuh dengan hasil kerja tangan die selama duduk kat taska setahun. Bangga pun ade bile pengasuh dok puji-puji melambung Adia2. Tapi tak taula kalau setakat manis kat mulut je (cis…jangan sekali-kali buruk sangka), sebab Adia2 ni boleh tahan jugak banyak cekadaknye….

Lepas jumpe pengasuh, ade jamuan makan. Adia1 & Adia2 sesungguhnya hilang di sebalik mainan-mainan kat taska. Pelik jugak aku, padahal 5 hari seminggu dok ngadap kat sini, takkan tak puas lagi main kot. Bila ajak balik, tak mo. Katenye “Mimi balikla dulu, nanti kitorang balik jalan kaki”…..haishhh kene seret jugak budak 2 orang nih


MiMi “2” ADIA yang gelak tengok Adia2 tersipu2 malu bila laporan dibaca depan die.

Khamis, 24 November 2011

Konsert Taska Riang Ria

Baru2 ni, taska Adia1 & Adia2 menganjurkan persembahan konsert. Adia1 buat persembahan dikir barat dan nasyid. Adia2 pulak menari lagu bollywood, chicken dance n lagu jangan pandang2.

Aku pun pelagi, sampai2 je terus chop duduk kat depan sekali. Bile time 2 orang Adia tu buat persembahan, aku pun syok2 la rakam video diorang. Tengah kusyuk wat kerja halal tu, tetibe jer kat screen tu kluar "your tape is full"...ayakkkkk. Dah tu tak bawak backup tape pulak....Memang ado laaaa.

Adia1 buat persembahan macam blurrr je aku tengok....padahal diorang da start berlatih sejak awal tahun lagi. Dahla dok kat belakang sekali kat semua persembahan.....Adakah die dok kat belakang sebab die tinggi atau sebab blur / x ready / x hapal? aiyyyooooo. Jom tengok video dari Adia1

Adia2 plak....haish....terlebey suda. Bukan main lagi menari kat atas pentas tu. Kalo x caye, tengok video kat bawah ni. Pengasuh kat taska kate, Adia2 penyelamat keadaan. Bila kat taska, Adia2 takmo menari pun, padahal bile kat rumah, kemain lagi die menari. Bile atas pentas depan org ramai bole pulak menari, dah tu disaat saat hampir separuh geng die kene bawak turun pasal lebih banyak menangis dari menari....huhuhu

Habis persembahan ade upacara penyampaian hadiah untuk performance budak2 ni sepanjang tahun. N tak lupe jugak cabutan bertuah....Since setiap parents diberi 5 nombor, finally aku dapat 3 hadiah....wakakaka...

MiMi "2" ADIA

Spider a.k.a. labah2

Arghhh...
Labah-labah dah stat buat sawang kat blog aku nih.........!!!!


MiMi "2" ADIA yang........motip??????????