Kawan2

Khamis, 30 Julai 2015

Siem Reap, Cambodia: Day 4

Hari terakhir....daku dan Linda masih lagi gagah merayau sambil bershopping sakan....hahaha. Ni semua Linda punya pasal, dapat last minute order dari kaum kerabat di Malaysia. Dah tu, berjaya pulak complete semua order dalam masa 2 jam. Ada yang terpinga-pinga lihat kami yang baru pulang ke bilik, sedangkan mereka bersiap-siap untuk check out.....hehehe.


Sesi bergambar sebelum berangkat pulang

Destinasi terakhir sebelum kami berangkat pulang adalah Artisans Angkor, bengkel dan galeri seni bagi barangan kraft dan sutera. Di sini kami di bawa melihat proses dan teknik dalam pembuatan kraft, gambar dan patung yang bersumberkan besi, batu dan kayu. Tidak lupa juga pada galeri yang menjual segala hasil kraf mereka kepada pengunjung. Semua hasil kraft disini sangat berkualiti, cantik dan eksklusif, harga pun haruslah eksklusif juga....hehehe.

Bengkel ukiran patung

Bengkel tenunan sutera

Bengkel lukisan

Bengkel seramik

Antara hasil kraft

Seterusnya keberangkatan pulangVVVIP melalui Siem Reap International Airport....hehehe, tak sabar nak balik ni. Tiada sesi makan tengahari pada hari tersebut kerana kesuntukan masa untuk mengikuti jadual penerbangan. Serius kelaparan!!! Nak makan kat airport, belum tentu halal. Nasib baik ada lagi roti krim yang Linda bawa dari Malaysia hari tu. Belasah je la setakat buat alas perut, nanti atas flight, boleh makan lagi.

Ketika melalui pemeriksaan imegresen, aku berdebar-debar je.....yelah, cerita hikayat yang popular di sini adalah pegawai imegresen biasanya akan minta tip kepada pelancong. Kalau pelancong dari Malaysia, biasanya kena hulur RM10 @ RM5 (eh...diorang terima duit Malaysia tau). Nampaknya memang rejeki aku kot, terlepas akhirnya tanpa memberi sebarang tip hasil tersengih-sengih ayu di depan pegawai imegresen tu....hehehe. Pabila kami berkumpul semula, ramai yang merungut kerana terpaksa menghulurkan tip pada mereka, tetapi nilainya cuma RM1 ataupun USD1.

Dugaan datang lagi.............di saat kelaparan, mulalah berangan MAS akan supply nasi seperti penerbangan datang ke Cambodia hari tu. Tetapi, yang terhidang cuma sandwich dengan roti yang agak keras.....huhuhu. Tettttt...sila bersyukur.....sila bersyukur!!!

Penat menunggu sampai tertidur......shhh!!! sebenarnya penat bershopping sampai tak cukup tidur.


Bye bye Siem Reap..........KL, mu tunggu aku datang!!!



Dah sampai!!!! Malaysia....oh tanah airku!!



MiMi "2" ADIA

Rabu, 29 Julai 2015

Siem Reap, Cambodia: Day 3

Jam 4 pagi dah kena wake up call dari pihak hotel. Dengan mamainya + letih shopping semalamnya tak hilang lagi, daku bersiap-siap....bas akan bergerak ke Kompleks Angkor jam 5 pagi waktu tempatan. Sarapan kami dipack oleh pihak hotel.....ade buah pisang ngan roti croissant je....huhuhu. Dah la nak guna banyak energy sebab banyak berjalan. Sampai gate kami kena beratur untuk ambil gambar, tapi tak lama pun. Gambar tu nanti diorang print sekali dengan pas masuk.

Pas masuk ke Kompleks Angkor untuk sehari. Terdapat juga pas masuk untuk 3 & 7 hari bagi pengunjung yang nak tengok semua Wat / Temple di Kompleks Angkor. Di sini ada banyak Wat / Temple, tapi dengan pas 1 hari ni, kami hanya dapat melawat 3 Wat sahaja.
Tujuan kami bergerak awal secara berjemaah ke Kompleks Angkor adalah kerana majoriti antara kami teringin sangat nak tengok matahari terbit di Angkor Wat. Sampai di sana, kami diarahkan untuk melepak di tepi tasik Angkor Wat. Kata Sarun, kat situ adalah tempat yang paling best view untuk lihat matahari terbit sebab boleh nampak full view dengan reflection dari terusan di keliling Angkor Wat. Memula tu, haku rasa macam tak dapat tengok je...yela, langit pun makin cerah. Previous group punya trip pun tak bernasib baik sebab cuaca berawan. Tunggu punya tunggu....sekali jeng jeng jeng....yeay dapat gak tengok....hehehe

 














Selesai sudah acara melihat matahari beramai-ramai, kami berkumpul lagi untuk mendengar briefing dari Sarun sebelum bergerak masuk ke dalam Angkor Wat. Mula-mula tu, masing-masing nampak exited, bergambar sana-sini....walaupun kadang kala menyampah dengan Sarun yang macam memaksa semua orang follow dia n wajibulghunnah mendengar briefing dari die....huh.

Sesi briefing sebelum masuk ke Angkor Wat


Itulah Sarun (kanan sekali)....our tour guide

Penjaga tiket....kene la tunjuk pas masuk tadi tu, diorang kene pastikan muka kita sama dengan dalam pas. Mereka berada di pintu-pintu masuk di setiap Wat / Temple.

Pintu pertama

Perpustakaan
Kolam.....dolu2 sape nak masuk kene mandi, tapi kalo nengoknye sekarang.....yekkk (dah seghupo tompek kobau bokubang ghoman eh)!!! Hasil dari cuaca yang sangat panas dan kering la ni. Dikhabarkan kolam ini sangat cantik bila musim hujan.
  
Kitorang masuk dari tepi, bukan main entrance
Dari sini, kami terus ke bahagian belakang

Antara lukisan di dinding





Pintu pertama bahagian belakang





Dinding lapisan ke 2

Tangga di pintu ke 2

Ni sepatutnya pintu masuk utama (pintu ke 3)...tapi tak boleh lalu sini, kene ikut tepi, nanti takut rosak. Tengok la tangga dia, sangat curam dan di setiap anak tangga, saiznya sangatlah kecil. Macam mana la raja diorang dolu-dolu naik tangga ni....dah la kene naik sorang-sorang, kaki diorang ni kecik ke hape? Agak-agak la kan, ada tak adegan tergelincir atau terjatuh? hehehe
Nampak? NO ENTRY

Tu....yang belah kanan sekali, ada tangga buatan.....khas untuk pengunjung naik ke Centre Temple. Tangga tu pun bolah tahan curam jugak............bepeluh + menggigil gak aku nak naik ngan turun. Rasa macam kaki aku besau sangat nak dibandingkan dengan setiap anak tangga yang kecik.
   
Q yang agak panjang untuk naik ke atas, tapi tak lama mana pun menunggu.
View dari atas....setelah tercungap-cungap naik tangga.
 

Gambar di sekitar Centre Temple Angkor Wat

Yang bawah tu sebenarnya kolam jugak, tapi kering kontang suda....

Centre Temple Angkor Wat......kat dalam tu ada patung besar je....nasib baik tak buang masa Q panjang-panjang.

Kepenatan suda.....baru 1 Wat!!!
Haku sudah habis energy bila sampai je kat puncak Angkor Wat, nak turun pun rasa malas. Dah la cuaca panas yang teramat, nak berjalan keluar ke main entrance punya la seksa rasa badan. Air dah berbotol habis tapi haus kat tekak ni tak hilang-hilang, perut pun dah naik kembung....huhuhu.

Kemudian, kami bertolak pula ke Wat seterusnya....Bayon. Punyela malas nak turun dari bas, kaki pun rase dah tak bermaya ni. Bayon ni sejenis Wat yang ade banyak muka di setiap menaranya. Nasib baik la area kat sini kecik je, tak perlu la nak berlama-lamaan di sini.


Ada banyak runtuhan di sekitar Bayon





Alat yang orang Khmer guna untuk angkut dan angkat batu-batuan.



Hahaha....ada satu tempat yang sangat cantik untuk post sebegini

Demi Linda, Sarun sanggup snap post ni berkali-kali walau di tengah terik mentari.

Selesai sudah di Bayon, kami dibawa pula ke Ta Prohm.........antara tempat yang popular di kalangan pelancong. Mana taknya, di sinilah tempatnya Lara Croft Tomb Raider beraksi. Di sini terdapat banyak pokok-pokok besar yang tumbuh pada bangunan Wat itu sendiri. Turun sahaja dari Bas Manager, kami dikejar dan dikerumuni kanak-kanak yang menjual cenderamata. Nak beli air kelapa dan buah pun rasa terbantut. Rupa-rupanya dari tempat kami drop off hingga ke Ta Prohm sangatlah jauh (mungkin sudah kepenatan....wah seksanya) dan harus pula berjalan kaki sejauh500 ke 600 meter.....huhuhu. Daku dah tak larat nak jalan lagi.....just ambil gambar mana yang patut, kemudian lepak-lepak dekat pintu luar je.


Inilah Ta Prohm

Feeling-feeling Angelina Jolie.... TQ Mr OR, bersusah payah ambil shot ni.....hahaha. Tapi position sebenar adalah di bahagian atas.

Kami dah tak larat nak round lagi kat dalam Wat, just lepak-lepak kat luar je.




Pokok yang menjadi dambaan pengunjung untuk berangan sebentar menjadi Lara Croft

 


Beberapa adegan setelah keluar dari Ta Prohm memang mencabar kesabaran, lagi-lagi dalam keadaan kepanasan, kelaparan, kepenatan, kaki kesakitan....dan an-an yang lain lah.....huh. Dikerumuni kanak-kanak yang memaksa pengunjung membeli barangan mereka.....bukan tidak kasihan, tetapi terpaksa keraskan hati.....kalau dah beli dekat seorang, yang lain pulak akan kejar. Aksi berkejaran dengan penuh kasih sayang berterusan hingga ke dalam Bas Manager....terpaksalah drebar bas tutup semua pintu. Di saat genting kerana dikejar, kehausan & kelaparan, MIA pulak seorang ahli group.....nak call pulak tak dapat, line phone takde area situ. Terpaksalah si Sarun dengan wakil Sunlida Travel berulang alik masuk ke Ta Prohm untuk misi SAR.....huhuhu. Tengok muka si Sarun dah masam mencuka, muncung 14 inci....hihihi. Nasib baik.....tak lama kendian, ahli yang MIA tu muncul....lega rasanya, sebab dah tak sabar nak balik untuk makan!!!.

Makan tengahari dah tak pandang kiri kanan....tahap kebulur pun ade gak, sedap aje makanan yang masuk ke perut.....hahaha. Bila dah kenyang, seterusnya feeling-feeling ular sawa kekenyangan menunggu masa nak tido di hotel.....tetapi malangnya si Sarun bawa lagi jalan-jalan tengok Gem Stone....huhuhu. Rasanya takde sesape yang beli kot....mahal lah, lagi pun bukan level kami nak berhias memanjang dengan berlian emas permata, takat cuci mata bolehlah.

Planning awal, sampai di hotel wajib lah mandi dan tidur.....tapi dah terlampau penat sangat sampai tak boleh nak tido, just baring-baring golek-golek jela sambil mengaduh sakitnya la badan ngan kaki aku ni!!! Sebelum makan malam, kami di bawa ke spa untuk di massage satu badan.....o yes yes yes!!! Tapi, satu jam kendian..........reviewnya sangat lah tak best, Indonesia style lagi best. Tukang urut akan berhenti serentak bila cukup 60 minit, walaupun ada step yang diorang tak buat lagi...sangat malang pada pengunjung yang diurut lewat 5 ke 10 minit. Paling tak best, bila tukang urut tu tekan switch mana ntah kat badan haku ni.....menyebabkan daku kesakitan kepala yang melampau (migrain dah datang da). Sesi makan yang nampak sedap di pandangan mata di My Hibiscus Hotel berlalu begitu aje......huhuhu. Aku cuma terlarat menghirup sup sahaja.

Janji daku pada Linda untuk shopping sakan malam tu tak dapat ditunaikan....balik hotel, makan ubat, dan seterusnya tumbang di katil....huhuhu. Tapi semangat nak shopping tetap ada...hehehe. Jam 11 malam aku terjaga, sakit pun dah surut, apalagi.............menjoinkan diri pada Linda untuk sesi shopping di malam terakhir.

Antara hasil tangkapan selain dari shawl, tali leher, key chain, magnet, kopi, beras, dll. Set kain ela dengan songket kemboja berharga USD15. Peniaga yang jual songket ni, sangat fasih berbahasa melayu. 

Beg burung hantu USD5

  


MiMi "2" ADIA