Kawan2

Selasa, 28 Mei 2013

Sunway Lagoon lagiiii

Hari tu Adia1 dapat kupon Sunway Lagoon which buy 1 tiket dewasa, free 2 tiket kanak-kanak riang. Jadik, hari cuti baru-baru ni daku bersama 2 orang Adia ke sana lagi.....Aku sampai sane, dekat-dekat jam 10, gate pun tak bukak lagi. Yang bestnye, kali ni orang tak ramai macam mule-mule aku datang dulu. Nak beli tiket je dekat satu jam. Kali ni just beratur beli tiket n masuk gate dalam 15 minit je.

2 orang Adia tu dah meroyan bila masuk situ....tak tau nak pegi mane satu dulu. Dah puas main n jalan-jalan kat atas, g mandi pulak kat bawah tu. Memule tu berangan nak naik Vuvuzela, sekali tengah maintenance daaa. Setakat main gelongsor air yang tinggi tu je la, tu pun Adia 1 je yang main. Adia 2 tak puas hati.....dok pertikai, apsal die tak boleh main gelongsor tinggi tuh. Padahal, die tak cukup 0.1 meter untuk lepas main mende-mende tinggi nih. Tapi ade satu game air baru yang best n kitorang masuk sampai 3 kali. Sanggup beratur lame tiap kali nak masuk....Waterplexx 5D. Yang ni intro die pun dah ala-ala roller coster, pastu banyak gak la adegan yang boleh gugur jantung......yang bestnye habis basah sume orang kat dalam tu kene splash air.

Dah puas main air sampai kecut tangan memasing, barulah kitorang tukar baju balik. Naik atas, sebelum keluar tu, bebudak ni ajak main lagi kat bahagian atas....hei la. Kalo nak diikutkan nafsu bebudak ni, sampai bila-bila pun takkan puas main.









 





MiMi "2" ADIA

Rabu, 15 Mei 2013

Buah Hantu

Adia2 bangun pagi-pagi buta, turun bawah, bukak peti ais....nampak buah nona. Ambik buah nona....makan sambil tunjuk depan Adia1.

Adia1: Hantu buah betul!!!!

Adia2 terus makan dengan kusyuk....Aku pulak turun bawah.

Adia2: Mimi, Ari makan buah hantu....
Mimi: Hah....mana pulak datang buah hantu
Adia2: K.Long kate ni buah hantu



MiMi "2" ADIA lorrrrr..........

Marilah Mari........Pergi Mengundi

Meriah betul bila masuk musim mengundi ni.....Poster bendera penuh sana-sini. Sebagai rakyat Malaysia yang baikkkk.....wajibla bagi aku pergi mengundi.


Shah Alam

Shah Alam

Merbau Sempak

Merbau Sempak

Merbau Sempak


A usual..............macam hari mengundi yang dolu-dolu, aku ngan family aku biasanya serbu pusat mengundi kat skola Merbau Sempak waktu petang. Time ni biasanya dah tak de orang, jadik tak yah la nak beratur panjang + menunggu lama.



Bahan bukti

Selesai je aku mengundi, tetibe je aku dapat satu call.....

Caller: Betul ke nama cik Norxxxxxxxx
Mimi: Ye
Caller: Kami dari SPRM
Mimi: Suruhanjaya Pencegah Rasuah ke?
Caller: Ye....kami cuma nak tau cik dah ngundi ke belum?
Mimi: Boleh saya tau apa kene mengena SPRM dengan saya mengundi?
Caller: Errrr....mmmm....kalo cik belum ngundi, kami boleh jemput cik.

Aku tanye lagi soalan yang sama, still tergagap nak menjawap pastu balik-balik tukar topik. Sudahnye, aku tutup phone terus. Malas nak layan mende-mende cam nih...

Keputusan pilihanraya, semua orang dah tau. Memetik kata-kata salah sorang blogger dari  Delloyd (Pakcik Aziz) "Apabila mengucapkan keputusan PRU ucapkanlah ‘ Tahniah’ dan ‘Takziah’ secara serentak"....


MiMi "2" ADIA

Jumaat, 3 Mei 2013

Kempen Pilihanraya

Marin, daku ke pasar malam kat sek ##. Tengah syiok usha makanan, tetiba daku tengok kat depan ade satu group politik sibuk berkempen dekat ctu termasukla calon parlimen kawasan ni, En Amat (bukan nama sebenar). Biasalah musim nak mengundi ni, la ni baru nampak batang idung. Honestly aku memang tak suka ngan En Amat n parti dia sekali, rasa nak tumbuk je....warghhh. Kalau the taksubers of En Amat ni tau, teruk aku kene hentam ni....silap hari bulan fb ngan blog kene hack, walaupun ni negara demokrasi (suka hati aku la nak cakap / tulis apa) Jadik aku berusaha untuk blah dari ctu, malangnya misi aku fail sudaaa. En Amat berjaya tahan aku...

En Amat: Assalamualaikum
Mimi: Waalaikumsalam (jawab bebaik derr walau dalam hati nyampah)
En Amat: Ngundi mana? (soalan wajib bagi mana-mana calon....diorang hapal ek???)

Yang penting aku jawab bebaik walaupun aku tak suka dia. Tapi cara aku jawab macam aku tengah rush gilerr (nampak bebeno tak ikhlas kan?). Bagi aku walau benci mana pun kite kat calon n parti tertentu tu, tak perlu la sampai dok fitnah n maki hamun sana sini....tak kira la the macai atau the taksubers mana-mana kem pun, cakap / tulis macam orang tak dak ugama @ akal (mak aku kata ni pesen akai letak kat lutut hahaha). Sudahnya memasing gak yang sakit hati, pastu gaduh la pulak. Tak de penyakit, carik penyakit hahaha.


MiMi "2" ADIA wajib pergi mengundi, yang belum cukup umuq / tak g daftar tu....diam-diam suda ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.10