Kawan2

Selasa, 11 November 2014

Multimedia Job

Masih lagi cerita ceriti tentang Delloyd 30th Anniversary.................Kali ni aku tepek gambar-gambar hasil kerja multimedia, sama ada job yang aku buat tu direct n indirect ( tak kira la even 5% pun, janji aku terlibat....hihihi).



Ha....nampak tak nama aku kat situ....hihihi





SAND ART
Actually, idea asal performance ni dari Datin Linda. 1st stage memang dia yang uruskan, aku just supply image je. Habis je projek coffee table, project sand art ni di hand over ke my boss n off course la tempias kene kat aku jugak. Apa-apa pun pada malam tu, sand art ni la performance yang paling best.

EXHIBITION
Dalam waktu yang sama, aku kene involve pulak multimedia job untuk Proton n Volkswagen exhibition....warghhhh, sumenya serentak....tak boleh nak berehat langsung.

Banner

Flyer




MiMi "2" ADIA

Delloyd 30th Anniversary Dinner

Finally.......selesai sudah acara kemuncak untuk Delloyd 30th Anniversary dengan berlangsungnya majlis dinner di Sunway Lagoon Resort & Spa. Delloyd bagi pelepasan keluar awal pada staff yang dijemput.....tapi aku rasa tak awal mane pun. Yela, pukul 5 petang baru boleh keluar opis....abis tu, nak balik rumah, nak mandi, semayang, mekap bagai......nak ke Sunway lagi n mengadap jalan jem....pukul 7 malam dah kene ade kat sane....huhuhu. Tibe-tibe aku dapat 1 idea, aku tak balik rumah n bersiap dari opis je....so dah jimat mase kat situ....pukul 545 aku dah bertolak keluar dari opis.



630 petang aku dah sampai n register. Ramai giler tetamu, mostly big-big customer yang memang sah-sah aku tak kenal...hihihi. Al kisahnya, majlis bermula lewat, lama gila nak kene tunggu....kalo ikut schedule, 730 malam dah start, tapi 830 malam baru la pintu dewan dibuka. Naik mabuk jugak aku berdiri lelama tengah orang ramai tu. Nasib baik ade toilet ngan surau.....lari dulu lah sementara pintu dewan dibuka. Ntah sape punye idea la nak suruh orang ramai berimpit-impit kat luar dewan sambil berdiri lelama, sampai one of customer dah mengamuk sebab berdiri lama sangat.
Luar dewan

Oleh kerana ni dinner corporate n just entertain customer n vendor, rase buhsan memang tak boleh disangkal lagi....huhuhu. Yang aku boleh buat, borak-borak jap ngan vendor, makan n keluar masuk g toilet. Bila dah hujung-hujung majlis, baru la ade show yang best sikit...mase tu dah menyandar macam ular sawa kekenyangan.


View dalam dewan

Stage

Menu





Sand art performance by Esther Yap

Sand art performance by Esther Yap

Goodies


MiMi "2" ADIA rasa macam majlis syiok sendiri.

Khamis, 25 September 2014

Delloyd Coffee Table Book

Baru-baru ni sangat sibuk sampai hari cuti umum pun kene keroje. Haipp.....jangan ingat keroje time cuti ni dibayar berganda-ganda tau, aku cuma dapat replacement cuti jer. Projek kali ni aku kene get together dengan vendor buat Delloyd Coffee Table sempena 30th Anniversary Dinner jumaat ni.

Oleh karena mase sangat suntuk, tu yang jadi kerahan tenaga dan tawanan di bilik meeting depan opis bos besar. Tak boleh keluar pulak tu....makan pagi petang semua disediakan kat dalam tu. Lunch je aku boleh keluar, tu pun makan dengan satu team. Hari-hari balik lewat, sampai kene complain dengan 2 orang Adia....Mimi ni time cuti sekolah pun asyik balik malam je....huhuhu.

Yang menambah alkisah perasa garam bagainye, aku pulak demam + batuk sepanjang minggu tu. Nak MC pun tak boleh, gagah jela datang opis pastu telan obat.....Dah la sakit kepala, pagi ngan petang serve pulak kopi O kaw pekat melekat....name pun peberet, dah terbau-bau tu, mane nak menolak. Sakit pun, sakit la....janji minum air kopi.

Nanti aku upload gambar Coffee Table, sebab sekarang ni masih dalam proses printing. Masa Anniversary Dinner tu nanti, aku dapatlah buku tu. Oppss....sebut pasal Anniversary Dinner ni, sebenarnya aku tak layak pun datang. Hanya dijemput Assistant Manager level ke atas, dan baru-baru ni dibuka pada Senior Exec. Guest untuk dinner kali ni kebanyakannya dari pihak vendor & customer. Tetapi oleh karena most of multimedia project untuk dinner ni aku involve, big bos terus request letak nama aku dalam guest list. Jadinya small potato dikelilingi big big durian....Wahhh


MiMi "2" ADIA

Corporate Video Shooting

OK....Bende baru yang aku hadap kali ni adalah get together dengan vendor buat on site shooting untuk Delloyd Corporate Video.....seronok tapi penat sikit la.

Hari pertama:
Kami shoot area logistic & assembly / production. Sebelum pukul 7 aku dah  kene ready kat opis (waaa.....tang ni nanges sebab kene datang awal). Kalau ikut planning, lewat petang baru habis shooting, tapi nasib baik pukul 4 dah settle.
Tengok budak baju pink tu: Dah macam mandur pulak



Hari kedua:
Pagi-pagi lagi dah keluar rumah menuju ke Delloyd Tanjung Malim. Entah kenapa hati tak berapa sedap.....tapi betullah kata hati, lagi 5 km nak sampai Delloyd, tayar kereta aku pancit pulak. Bukan pancit sikit-sikit nih, kelepet terus tayarnye.......warghhh. Lepas sejam tunggu, shooting team sampai....rescue aku la kengkununnya ahahaha. Sekali align key untuk spare tyre aku dah hilang.....Dah jadi camni, Zul (one of shooting team) patah balik ke pekan g jemput mekanik. Ingatkan bolehlah settle bila mekanik dah sampai, sekali die tak bawak tools pulak, siap suggest towing......Gorgon.....gorgon.....aku mintak hantar mekanik tu balik bengkel amik tools die, lepas tu datang balik. 2 - 3 kali ulang alik pun takpe, sebab bengkelnya 5 minit je dari tempat kereta aku. Mekanik tu kata tak perlu, kawan die dah naik towing bawak tools katenye. Dalam dok berbalah tu, 2 jam komdian, towing pun sampai. Yang buat aku membara lagi, kereta aku terus kene cangkuk. Eh, tadi kate ade kawan die ikut sekali bawak tools....Mekanik tu kate, kawan dia naik towing yang lain.......Aku ni dah jadik makhluk hijau pun tak boleh wat pape gak....terbang 50 hengget untuk towing ke bengkel, 20 hengget untuk tukar spare tyre.
Lepas settle hal aku, barulah start shooting dekat area injection & painting. Habis shooting, kami gerak pulak ke Delloyd Plantation Sungei Rambai.......wah, dengan guna spare tyre aje kereta aku dok redah palm estet jalan tanah merah.
Tayar dah flat + pecah (Nasib baik tak meletop)

Shooting team / rescue team




Painting: Robotic Arm

Plantation

Plantation: Shooting guna drone

Hari ketiga:
Kali ni shooting dekat Delloyd Klang, area R&D. Tapi last minute punye schedule, kene pergi lagi sekali ke Delloyd Plantation. Tetiba management nak shoot worker buat kerja dalam ladang....haish






MiMi "2" ADIA kepenatan berganda-ganda

Selasa, 23 September 2014

Cuti Baking

Nampaknya aku masih kene tutup kedai a.k.a. cuti dari membaking. Biasanya aku cuti baking time bulan pose je, tapi la ni dah membawa ke bulan 9. Lepas raya hari tu, aku busy prepare Delloyd Annual Report (nak raya pun tak senang). Habis je Annual Report, Corporate Video pulak menyusul....nak kene prepare everything & entertain mase video shooting.

Baru je nak bernapas, kene involve Delloyd Coffee Table untuk 30th Anniversary.....seminggu lebih aku berkampung kat bilik meeting. Cuti pun kene keroje.

Dijangka aku akan stat membaking selepas raya haji & yang pasti kek yang pertama nanti adalah untuk besday Adia1.


MiMi "2" ADIA

Khamis, 21 Ogos 2014

Jamuan Raya ITD

Tahun ni department aku buat jamuan raya together farewell party untuk one of the best staff kat sini, Ah Chong (tak dapat nak buli dia lagi la huhuhu). Macam biasa makan sampai lebam....hehehe.

Pagi kitorang dah ngap dulu, makan lemang, ketupat.....lunch pulak baru tambah menu nasi minyak & jemput big bos serta admin staff yang lain.

Rafi yang buat ni


 





Ah Chong









MiMi "2" ADIA kenyang sampai malam

Khamis, 14 Ogos 2014

Eksperimen Cermin Kereta

Dah lame dah aku usha front lamp kereta aku ni, dah berkabus sangat. Bila malam, cahaya lampu malap, bahaya tuh. Nak tukar lampu baru, mahal sangat pulak. Aku pun merewang-rewang kat Cikgu Google kalo-kalo ade soulution yang best nak bagi lampu kereta terang balik. Finally jumpa jugak, ade beberapa cara DIY yang murah, tapi off kos la aku akan pilih yang paling senang, cepat & murah...hehehe

Bahan-Bahan:
Ubat gigi
Tisu
Air

Cara-Cara:
Letak sedikit ubat gigi pada cermin lampu, gosok dengan tisu.....gosok....gosok....gosok.
Bila rasa dah lenguh tangan tu, bilas cermin dengan air bersih

Hasilnya:
Tadaaa.......Tengok perbezaan kiri dan kanan lampu kat gambar bawah...ehehehe




MiMi "2" ADIA