Kawan2

Rabu, 27 November 2013

Konsert Taska 2 orang Adia

Kali ni adalah tahun ke3 Adia2 terlibat dalam persembahan konsert Taska Riang Ria. Punyalah semangat berlatih dari awal tahun. Tahun ni tema konsert adalah biru + hitam, means baju T-shirt taska kaler biru n skirt kembang labuh warna hitam. Jenuh jugak nak mencarik skirt hitam tu..........hari-hari Adia2 tanya, bila MiMi nak beli skirt......haish. Last2 dapat jugak carik sehari sebelum konsert.

Konsert kali ni berlangsung kat Dewan Seksyen 25, ala dekat je ngan umah. So, takde lah terkejar-kejar nak ke sana, tapi Adia2 asyik suruh pegi cepat je.....huhuhu. Dialah orang pertama sampai, yang lain-lain dekat 8.30 pagi baru la terkulat-kulat masuk dewan.

Persembahan kanak-kanak memang banyak......Adia2 involve dalam 4 persembahan. Layan je la video ngan gambar kat bawah. Quality video memang tak berapa best, almaklumlah pakai phone je....pastu kene amik dari jauh pasal pihak taska tak bagi, diorang nak amik video sendiri. Walaupun aku rase macam tak berapa nak patut, reda je la.....hopefully video yang diorang amik tu nanti cantik & besh. Bila video diorang dah keluar, aku rasa macam nak hancurkan je cd tu dalam blender bagi jadik ice blended. Warghhhh.....dah la kene bayo 20 hengget untuk sekeping CD-R biasa, pastu kualiti dia pun hampeh.....dahla persembahan budak-budak banyak kene cut, tukang amik video tu pulak terrrramat amatur.........seyes aku marah gilerrrr.


Aiseh......satu lagi video tak bole upload ke sini....cer try tengok kat sini





Hadiah exam no 3




MiMi "2" ADIA





Selasa, 26 November 2013

Melaka......Aku Datang 2

Pagi-pagi lagi dah wekap....Lepas brekfast makan roti canai, terus jalan kaki naik ke A Famosa. Berpeluh-peluh plus semput gak g mendaki bukit tuh....nampak sangat dah banyak lelemak yang tumbuh kat badan nih....wakaka.






 

 








Dah puas pusing-pusing atas bukit, nak masuk pulak kat Muzium Stadyus....tapi tengah renovate la pulak. Jalan kaki lagi menuju ke river cruise....ganti balik planning malam tadi. Cume kurang meriah sikit, maybe orang tak ramai + panas + takde lampu lip lap macam waktu malam.











 







Dah penat jalan-jalan, kitorang balik bilik n rest jap. Aku lupe nak crite pasal hotel yang kitorang lepak ni....Nama hotel tak ingat la, tapi owner hotel tu yang aku ingat hihihi. Ownernya keturunan Baba n Nyonya....yang aku nak cerite ni, cara dia cakap untuk convincekan client. Asal dia bukak mulut je, aku mesti rasa macam kenal.....
"Aaa jangan risau banggg.....semua ada kat sini"
"Saya dulu kan bang........."
Puas la aku dok pikir....lama-lama la.......cara dia cakap, intonasi dia.....sebijik cam Kapten Bagogo. Kenal tak? Alaaaaa sape follow BoboiBoy kenal la kot.....haish ni pengaruh budak-budak la ni.

Lepas cek out, g mamam asam pedas kat kedai area Plaza Mahkota jugak....tengah syiok-syiok makan tuh, hujan lebat yang amat + ribut sampai tak boleh keluar dari kedai langsung. Aiseh, nampaknye planning banyak tak jadik la gamaknye.....huhuhu. Hujan reda sikit aku menuju ke Masjid Selat Melaka.









Hujan still lagi renyai-renyai bila sampai kat Ayer Keroh. Nak masuk zoo pun macam tak best je jalan-jalan time camni. So aku decide masuk ke taman buaya. Taman ni pun lama dah tak masuk. Sekali bila masuk, memang hampehhhh. Dah tak happening cam dulu, buaya pun kurang. Dah tu ade tambah ala-ala fun fair n water park yang nampaknye memang tak best. Dah la kene bayar lagi kalo nak masuk....huh






Lepas pengalaman kat Taman Boye yang tak besh tu, terus je la kitorang balikkkkkkkkkk. Takde singgah mane-mane pun.


MiMi "2" ADIA

Melaka......Aku Datang 1

Baru-baru ni aku ke Melaka....saje je jenjalan. Dah lame tak ke bandar Melaka, last sekali ke sane mase jaman sekolah rendah kot....hua hua hua. Aku bertolak hari Sabtu pagi, tapi lencong sane sini, sudahnya sampai bandar Melaka dah petang. Oleh sebab nak pegi ni tak de planning hape n main redah je, jadi aku tak book hotel awal-awal. Nak dijadikan ceritera, nak carik bilik kosong pun amik mase berejam. Off kos la bilik hotel fullhouse je manjang especially kat area Plaza Mahkota.

Lepas check-in, terus kitorang keluar jalan kaki ke Menara Taming Sari. Lepas beli tiket, terus beratur panjang, ada la dalam 3 kali trip barulah kitorang dapat masuk dalam.







Dah naik tinggi-tinggi, kitorang naik kapal pulak....hehehe Muzium kapal daaa.






Ingatkan nak naik bot river cruise.....sekali ramainye umat manusia beratur. Dah la kepala aku berpusing-pusing dari tadi, nak pulak kene tunggu lelame.....angkat tangan je la. Terus aku ajak 2 orang Adia balik bilik dulu. Besok jela sambung jenjalan.


MiMi "2" ADIA

Khamis, 14 November 2013

Pagi2 Laie Den Dah Boghih.....

Huyyaiiii...........Muke aku dah bertukar jadik kaler hijo di pagi hari sebelum keluar rumah. Ni semua Adia1 punye pasal, nak tunjuk protes la tu.

Alkisahnya, setiap pagi memang aku akan prepare makanan untuk 2 orang ADIA tu bawak ke sekolah. Aku pelik la pagi ni Adia1 kelam kabut carik bekas makanan. Rope-ropenye, tupperware die dah hilang.....of kos la aku marah pasal die tak reti nak jage barang sendiri. Aku marah takat tu je....dah tu kelam kabut nak g kije lagi. Sekali bila aku nak kunci pintu rumah, aku terpandang Adia1 tengah dok pegang satu tray makanan.............mak ai, protes ke hape budak ni sampai satu tray yang ade beberape ketul nugget tu pun nak bawak g skolah..............ni nak makan ke nak meniaga?


MiMi "2" ADIA    adoiiilaaa

Jumaat, 8 November 2013

Bercemporo LAie Kek Sg Bil

Seminggu selepas Raye Haji, kami sekeluarga decide nak berkelah kat Sungai Bil. So, pagi-pagi lagi aku ngan mak prepare makanan untuk kitorang lunch kat sane. Lauk pun biase-biase je, just sambal tumis ikan bilis, bawal goreng, sayur campur, tempe goreng, keropok.....Siap masak, terus zassss bertolak 3 kereta ke sana.

Sampai sana, orang tak ramai so senang sikit nak carik tempat yang beshhh. Kanak-kanak riang terus tukar baju n terjun dalam sungai.










 Tak lama mana pun diorang berendam.....hahahaha sejuk gillerr. Sudahnye, main air gitu-gitu jer.


MiMi "2" ADIA