Kawan2

Isnin, 2 September 2013

Movie Time: Tanda Putera

Filem ni yang memang aku tunggu-tunggu dan tak sabar nak tengok dari dulu lagi. So, aku booking tiket tengok kat GSC MidValley. Aku tak terkejut bila masuk je kat dalam Hall tu, orang tak ramai & tak sampai separuh pun yang nak tengok movie ni. Dah mentaliti orang-orang kat Malaysia ni, tak berapa suke tengok movie-movie genre berat nih. Tapi kalo movie seram / lawak bodoh memang boleh box office. Katenye dah penat perah otak study / kerja masa weekdays, so bila tengok movie nak yang ringan-ringan je.....Pendapat memasing kan.



Ape-ape pun, ade jugak yang datang dengan kejutan.....datang dengan baju melayu sepasang....lagi patriotik!!!. Bila part Negaraku kemundang, gile semangat semua nyanyi dengan kuat-kuat....wah, ada lagi yang semangat waja camni kat Malaysia. Ingatkan puak-puak yang seangkatan camni ni dah pupus, sebab kat surround aku, memang dah tak wujud bende-bende nih.....Contoh yang paling best masa assembly bulanan kat Delloyd n kene nyanyi lagu Negaraku. Ade warganegara Malaysia kat sini just bukak mulut je, suara tak keluar. Lagi satu, tak reti berdiri tegak bila Negaraku berkumandang....lagi berlari-lari masuk barisan adalah.....agaknye, dulu kat skola cikgu tak ajar kot.....huhuhu

Overall muvi ni memang best....memang tak rugi aku bawak 2 orang Adia tu. 


MiMi "2" ADIA air mataku tumpah jua di akhir cerita....warghhh

IT Dept @ Delloyd Open House

Memang makan sampai lebam la bila IT wat open house. Mana taknye, makan-makan dari pagi sampai petang. Menu pagi sampai petang adalah meehoon goreng, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, puding roti, rojak buah, koktel, kuih-kuih. After lunch pulak makan sate. Kitorang jemput sume kawan-kawan dari department lain termasuklah abang long aku (Deputy CEO) kat depan nunnn. Tersengih-sengih die dapat makan free....hihihi. Ala, bukan die tak tau budak-budak IT ni memang kaki makan terutamanya kerepeksss. Sampai penat dah die komplen tiap kali masuk opis kitorang,"Saya sudah kate, jangan makan keropok". Kitorang tak pasti pulak apakah keropok itu merbahaya atau tak, tapi yang pasti kitorang wat bodo je.....hahaha.






MiMi "2" ADIA