Kawan2

Ahad, 29 Januari 2012

Adia 2 Propa????!!!

Baru-baru ni, TV2 ade tayangkan semula crite muvi hindutani "Mann". Ala, yang Aamir Khan berlakon tu. Rasenye dah lame jugak aku tak layan hindustani nih. Yelah, orientasi aku lebih terarah pada hindustani yang lame-lame tu, macam Shahshi, Rishi & Shammi Kapoor, Amitabh Bachan, Rajesh Khanna, Dev Anand, Zeenat Aman, Sharmila Tagore, etc. Aku tak berape suke sangat ngan muvi & pelakon hindustani zaman sekarang pasal yang pompuannye terlebey seksa  dan yang lelaki pulak asik nak tunjuk otot-otot yang huduh + bulu-bulu dada yang kekununnye seksi tuh. Untuk generasi baru nih, kalo berkesempatan aku cume follow muvi-muvi Anil Kapoor ngan Aamir Khan je (termasukla muvi 3 Idiot yang kelakau giler tuh).

Kalo tak silap muvi ni keluar tahun 90an. Jadik aku gelak la sensorang bile tengok kegonjengan pesen baju & stail rambut zaman tu dalam muvi nih. Sape-sape yang follow muvi nih pasti sedia maklum bile separuh masa terakhir muvi nih watak-watak die asik banjir ngan air mata je. Sikit-sikit nangis, cengeng tul...huhuhu.

Tengah syok-syok sengeh sensorang kat orang yang nangis tuh, aku terpandang la plak kat Adia 2.....laaaaa.....ya ampunnnnn!!!!nangis (siap keluar air mata ye) pulak budak itu pasal khusyuk giler tengok muvi tuh. Terus kitorang sume gelak guling-guling...tak tahan...tak tahan......hihihihi. Adia 2 cume mampu tersengeh malu-malu kucing bile kene gelak.

MiMi "2" ADIA yang dah tak menahan tengok Adia 2 terlebey berlakon....wakakaka

Tukar MyKad

Since dah tak tau ape nak buat time cuti-cuti gini, tetibe je aku dapat idea untuk renew MyKad aku yang dah rosak tu. Lagipun baru-baru nih JPN ade umumkan yang diorang dah keluarkan MyKad baru stat bulan Jan tahun ni yang mana lebih bagus & tahan lasak (tengok jela nanti tahan lasak ke tak)....orang ramai digalakkan bertukar kepada MyKad baru nih. Untuk bulan pertama ni, semua MyKad baru hanya akan diproses di cawangan Putrajaya & Shah Alam. Cawangan-cawangan yang lain kabarnye akan bermula pada Feb ni.

Pepagi buta aku dah keluar rumah menuju ke Plaza Masalam. Ingatkan diorang bukak kol 8, jadik aku sampai kat sane dalam 7.55 pagi. Rope-ropenye diorang dah stat bukak kol 7.30 lagi....gile awal....Memule tu, aku g tingkat 7 pasal dulu aku buat IC kat situ. Rope-ropenyer untuk buat MyKad baru harus turun ke tingkat 6. Sampai kat sane, rase seronok pasal tak nampak orang beratur....mestilah tak payah tunggu lama kan? Sekali aku dapat nombor yang ke 64 daaaa, dengan kene menunggu lagi 50 giliran. Aiseh, tertipu suda....camne nih, nak g sarap dulu ke tak. Tapi bile aku tengok, kaunter yang bukak tu agak banyak dan cepat, aku decide tunggu jela. Yang buat lambat kat kaunter tu bile mana sampai giliran untuk budak-budak yang baru nak buat MyKad untuk pertama kali. Kalo yang nak renew macam aku nih, memang cepat giler.

Lepas 40 minit tunggu, barulah nombor aku dipanggil. Kat kaunter pertama tu, just kene cek cap jari kiri kanan, bayar 10 hengget & tunjuk MyKad untuk petugas kaunter tu cek data & decide MyKad tu dah rosak ke atau masih elok lagi. Since aku nye dah rosak teruk, die keluarkan IC sementara untuk aku. Lepas tu aku tunggu lagi dalam 10 minit untuk kaunter gambar. Ambik gambar pun kejap jer, n petugas JPN tu bagi tau, aku nye MyKad baru boleh ambil besok, tapi kene call dulu lah.

Aku nasihatkan sesape yang nak buat tu datang la awal sebab, dalam kol 8 lebey tu, orang ramai dah stat serbu JPN sampai beratur panjang. Tapi bile aku dah selesai kat kaunter gambar, dah takde orang que ambil nombor pun. Aku jeling-jeling jugak kat nombor yang orang ramai que panjang tadi...mak aih dah dekat 3 ratus ....sah balik dulu, petang nanti baru datang.

Besok petangnye, lepas aku call JPN untuk pengesahan My Kad aku dah siap ke belum, aku terus ke sana semula. Lepas amik nombor aku tunggu jela nombor aku naik. Rope-ropenye, lepas dah dapat nombor, pemohon-pemohon MyKad baru cam aku nih haruslah masukkan resit 10 henggit yang aku bayar semalam tu kat satu mail box kat sebelah kaunter yang collect MyKad. Kalo tak masukkan sampaila nombor naik, jangan harapla nak dapat MyKad time-time tu jugak. Pasal, bile kite masukkan resit tu, ade petugas yang akan amik n carik dulu MyKad tu, komdian akan pas terus ke kaunter. Aku adalah antara insan-insan terpilih yang tak masukkan resit tu ke dalam mail box sebab petugas kaunter yang bagi nombor tu tak cakap pape pun, plus mase tu orang ramai jadik aku dok kat belakang n tak sedar pulak kewujudan mail box tu. Sudahnye, bile nombor aku naik, kene tunggu lagi la huhuhu

MiMi "2" ADIA yang kagum ngan petugas JPN yang sentiasa senyum & tak marah walaupun orang ramai giler; dan jugak kene datang kerja awal dan balik lewat

Cuti Paksaan

Untuk Tahun Baru Cina ni, aku & kawan-kawan opis termasuklah bos aku yang hensem tuh telah dipaksa untuk bercuti selama seminggu. Maksudnya, kitorang ni wajibulghunnah untuk force leave selama 3hari (selepas tolak cuti umum 2 hari). Cisss!!!! Hantu betulla bos besau tu. Ko kalo nak cuti, cuti la sensorang, janganla libatkan kami pulak. Bile orang lain dengar pasal bende ni jadik pelik.....yela, orang lain berlumba-lumba nak cuti, kitorang pulak tak mo cuti.

Sebab pertama kami seopis tak mo cuti adalah karena force leave. Maksudnya kene potong cuti annual leave memasing. Habislah cuti kami....raye puase pun force leave, ni nak cuti maulud nabi pun force leave jugak.....nati bile nak bercuti-cuti malaysia atau emergency leave dah takde pasal cuti dah habis.Tak pasal-pasal pasni sampai hujung tahun asal cuti je, kene potong gaji...huaaaa.

Sebab kedua, En suami & Adia 1 memasing tak bercuti a.k.a berkerja & bersekolah....maka tak bolehlah kitorang bercuti-cuti melesia.....tak pasal-pasal aku jadik ayam berak kapur kat rumah sensorang....ape la aku nak buat sensorang kat rumah nanti yek!!!!

Sebab ketiga, kami kat opis tu memang sentiasa ade kerja nak buat.....bila balik je dari cuti, mesti bertambun-tambun kerja nak dibuat. Sedangkan kalo lepas cuti sabtu dan ahad pun cam dah tak boleh bangun n bercakap bile hari senin, inikan pulak cuti 9 hari...huhuhu

Sebab keempat, kat Delloyd tu, sume orang dah stat kije hari khamis (diorang pun kene force leave gak, tapi hari rabu jer)....kampeni kami je yang tak kije. Ape kes? Kalo sume orang kat Delloyd cuti, takpe la jugak.... Bile staf-staf lenlain dengar kabar yang kami bercuti, kemain lagi jeles mereka-mereka itu sebab mereka tak boleh bercuti. Tapi, mereka-mereka itu memang kaki cuti pun. Tak sah kalo dalam sebulan tu mereka tak bercuti. Jadik istilah potong gaji bagi mereka ni, kire small matter kot..huhuhu


MiMi "2" ADIA yang sebenarnye seorang pekerja yang workholic & berdedikasi (sila muntah....:P) hihihi

Selasa, 17 Januari 2012

Delloyd Annual Dinner

Baru-baru ni, parents kepada company aku, Delloyd Ventures organize annual dinner kat Bangunan Persatuan Hokkien, Klang. Temanya adalah 'Kenangan Lalu'....aiseh, terlalu umum sangatla temanya. Kalo nak tau, selama beberapa tahun kebelakangan ni, temanya mesti yang terkebelakang yakni pop yeh yeh la, 70's la...atau yang ala-ala dengannye......almaklumla, orang yang organize tetiap tahun adalah orang yang sama dan oldies-oldies punye orang, maksud aku 45 above......tolongla fresh cket idea tuh, buatla tema yang ade unsur kaler ker, atau korporat ker, fantasy ker, glam ker.

So, untuk tema kali nih untuk mengelakkan pembaziran yang amat, aku pilih rock style.....ala, kenangan aku ni, bukannye banyak mana pilihan pun, takat rock, 80's, rap atau paling teruk pun takat pakai baju skola je....kate kenangan lalu. Lagipun aku pilih rock sebab jiwa aku dari dulu lebey kepada rock (mase kat ITM dulu orang panggil aku minah rock), plus berlambak seluar jeans kat rumah tu, jadik tak payah beli ape-ape pakaian pun untuk dinner kali nih. Dari seluar jeans, blouse, jacket sampai tudung, semuanye stok dalam lemari....aku cume beli kasut baru jer, tupun 30 hengget jer....

Di hari kejadian, kampeni bagi balik awal...ala, awal satu jam jer pun, macam tak sempat jer nak bermakeup bagai. Patutnye kol 7 dah kene daftar, kol 8 majlis start....tapi aku, dekat kol 8 baru sampai. Yela, nak ngadap jem lagi, carik parking lagi...hish.
Make up effect...tak de rope aku lansung, lain gilerrr...huh

Sal (admin) & felix (sales yang kelakar sangat)

Loh  (@busuk...partner aku dalam hardware) & Mr bos (cool, gentlement, smart + best gilerr)



Makanan kat cni berkonsepkan hidang, bukan buffet. Kejap hidang, kejap angkat. Kalo tak abis atau tak sempat makan pun kene angkat gak pasal tak mo table penuh n setiap hidangan kene follow timing schedule. Makanan yang paling best adalah tomyam seafood (udang + sotong merah + ketam + ikan merah + kepah). Tapi tak sempat amik gambar pasal orang-orang yang duduk satu meja dah kebulur...hihihihi. Gambar-gambar yang kat bawah ni je yang sempat snap.

Siakap 3 rasa

Sayur campur chinese style

Udang masak hitam

Pencuci mulut....manis gilerrr

Dalam tengah syiok-syiok makan, tetibe nombor aku naik untuk cabutan bertuah....hihihi. rejeki tuh. Tapi kuciwa pasal tak dapat iphone / samsung galaxy tab / tv lcd...........waaaaa

Nilah hadiah aku...huhuhu. Tak tau nak wat apelah ngan kipas nih, tak de keperluan takat nih.

MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 16. Kemaman ke Shah Alam

Pagi-pagi lagi kami dah check out. Sempat pulak singgah kat tepi jalan area Cherating untuk beli kepok lekor. Owner kedai tu baru je rebus yang first edition untuk hari tu....jadik panas-panas lagi la. Sempat jugak aku ngap kepok tu kat dalam kereta. Tak lame kendian, kami sampai kat area Pelabuhan Kuantan n masuk untuk carik port mancing.......finally kami jumpe satu tempat macam benteng pemecah ombak (3°59'12.62"N, 103°25'35.13"E).....batu kat ctu pelik cket. Ombak agak besar n angin plak kuat. Abis basah baju kene percikan ombak huhuhu.




Habis je gian En Suami mancing, kami bertolak balik ikut LPT. Kitorang just singgah kat R&R Temerloh untuk lunch. Kat cni aku makan ikan lampam masak lemak. Lepas rehat-rehat jap, kitorang teruskan perjalanan sampailah ke R&R Genting Sempah. Kat ctu aku beli buah berangan....Aku beli sekati a.k.a. 1/2 kg (eh...betul ke?) = 10 hengget. Makanlah sampai lebam...hihihi.


MiMi "2" ADIA yang tiba kat rumah bila dah petang....penat woooo...tapi berbaloi

Pantai Timur: 15. Kuala Terengganu ke Kemaman

Hari ni hari last kat Kuale. Pagi-pagi aku ke Pasar Payang....just usha-usha tengok barang. Kalo menarik bolehla beli....sudahnye aku takat beli kepok kering ngan udang untuk En Suami buat umpan mancing. Lepas tengahari kami gerak ke Kemaman. On the way ke sane singgah jugak kat Kuala Dungun n jeti Awana untuk En Suami memancing. Bagi lepas gian sudahla, cuace pun tak berapa ok. Kejap hujan, kejap tak. Ombak pun masih lagi besar. Lewat petang baru sampai Kemaman n check in hotel yang sama masa kitorang sampai hari tu


MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 14. Medan Ikan Bakar Kuala Ibai

Selesai makan En Suami kate dinner terus jela sebelum balik hotel. Nanti kalo dah balik hotel macam malas nak keluar balik. Oleh karena En Suami dah keluar perintah begitu, ikutkan jela. Memule tu nak makan kat Ikan Bakar Bukit Tunggal, tapi tak jumpe kedai la pulak. Jadi aku decide g makan kat Kuala Ibai jela. Mase on the way ke sane, kami lalu area Bukit Tok Beng. Kalo nak tau, kat cni ade satu kedai kepok (5°21'24.12"N, 103° 7'9.34"E) yang boleh tahan glemer la jugak. Degar crite, sampai kene ambik no giliran macam kat bank tu.....huhuhu. Kedai tu kat tepi jalan je n walaupun mase aku lalu tu dah pukul 7 malam, suasana kat dalam tu masih lagi meriah. Lengkali, aku try la beli kepok kat cni plak.

Badan dah penat-penat nih, tapi gagahkan juga ke Kuala Ibai nak makan ikan bakar punye pasal. Ramai blogger rekemenkan makan kat cni. Namanya restoran Muara Ikan Bakar (5°16'44.56"N, 103°10'6.22"E), terletak betul-betul kat bawah jambatan Kuala Ibai.
Ari tengah gorgon....nak kate lapar tak jugak

Berlakon je lebey budak nih.........


Siakap bakar

Ngap dulu baru amik gambo....hahaha



Kami ambil menu yang simpel jer.......ikan siakap bakar, kailan ikan masin, telur dadar ngan tomyam campur. En Suami kate rase ikan bakarnye agak kureng pasal tak pedas.....alllooooo kalo nak pedas jangan masuk Pantai Timur, der!!!!! Kire kene tolak kepedasannye punye spesifikasi, rasenye boleh tahan jela......Aku masih lagi tak jumpe yang sesedap kat Simpang Pertang atau kat Manjung.


MiMi "2" ADIA

Isnin, 16 Januari 2012

Pantai Timur: 13. Teluk Ketapang

Dah puas naik bot, aku ajak pulak En Suami ke Pantai Teluk Ketapang (5°23'19.29"N, 103° 6'42.80"E). Sebenarnye since time tu dah petang, aku nak makan ICT lagi n ramai blogger rekemenkan makan ICT kat kedai Pok Long. Jadi berpergianlah kami ke sana. Sedang aku usha-usha kedai Pok Long yang glemer tuh, tetibe En Suami ternampak la plak benteng pemecah ombak betul-betul kat hujung Lapangan Terbang Sultam Mahmud. Mulelah meroyan nak mancing, sampai berkira-kira nak carik umpan kat mane....huhuhuhu. Cuace plak cantik je.

Mase on the way ke benteng tu aku dah jumpe kedai Pok Long. Tapi bile En Suami dah teruja sangat pasal port macing yang best, so kitorang tinggalkan dulu kedai Pok Long n pegi selusur sepanjang benteng. Dari jalan raya ke benteng adalah dalam 100m ke 200m je tapi tanahnye adalah jenis berpasir. Oleh karena En Suami tak suke jalan kaki jejauh (manjenye kaki......), jadik die pun berkire-kire nak bawak kerete terus ikut jalan pasir tuh. Dalam berkire-kire tu, takut gak kalo tayar kerete terjerlus kat dalam pasir tuh. Pandang kiri kanan, sekali tengok, eh...ade satu kancil selamber jer lalu kat atas pasir tuh, jadi mestila kerete bole lalu kat ctu kan......maka dengan konfidennye En Suami bawak kerete....tetibe je krete dah tak bole gerak....aiyooooo.........salah pertimbangan sudaaaa (sila sedar diri anda bukan naik kancil), dah stuck kat pasir nampaknye. Terus kitorang keluar dari kerete sambil tersengih-sengih....hihihi. Nasib baik ade orang yang lalu lalang kat tepi jalan tu berenti n terus tolong tolakkan krete sampai ke jalan raya balik hihihi...malu pun ade. Ape-ape hal pun tersangat-sangat la terima kasih pada hamba-hamba Allah yang baik hati menyumbang kederat mereka untuk menolak kerete tersebut.

Lepas tu tobat dah nak bawak krete kat pasir.....En Suami just parking kat tepi jalan n terpakse tidak memanjakan kakinya untuk ke benteng.......hihihihi. Benteng pemecah ombak tersebut amatlah panjang dan luas....Oleh kerane hari dah lewat petang (mane ade orang jual umpan time cengginih + nanti kedai ICT tu tutup kol 730malam...takut tak sempat nak merase), En Suami decide tempat ni sebagai salah satu port mancing wajib pegi di masa akan datang.


Dah cuci-cuci mate kat atas batu, kitorang bergerak ke kedai ICT Pok Long. Huiii...rameinye orang....Konsepnye adalah beratur n pilih / amik je makanan kat atas dulang, macam kat kafeteria opis atau kantin. Menu ICT mase tu adalah sotong, ketam, udang, kepok lekor, ikan termenung, ikan selayang n cekodok. Pastu order air atau amik air kelapa yang dah ready kat dulang, bayar n terus g duduk kat meja. Aku amik ikan, ketam, cekodok n sotong.....cukupla tu, mane bole bebanyak. Kate nak merase jer. Lagi pun jap g nak dinner plak. En Suami kate, macam pisang goreng kat tepi jalan jer ghoman eh, cume tukar isik kat dalam jer....huhuhu. Bile makan, memang takde rase spesel sangat....biase-biase jer. ICT kat Pantai Kelulut lagi better sebab digoreng panas-panas selepas kite order. Tapi kalo konsep tu buat kat kedai nih, alamat beratur panjang la umat manusia nak menunggu. Orang ramai tak putus-putus datang nak makan kat cni.

Ketam + ikan

Second round punye sotong



MiMi "2" ADIA

Jumaat, 13 Januari 2012

Pantai Timur: 12. Taman Tamadun Islam

En Suami pickup kitorang kat tepi Stadium. Next stop adalah TTI (Taman Tamadun Islam) dekat Pulau Wan Man. Sampai sane orang cam tak ramai sangat. Tempat pertama kitorang pergi adalah masjid kristal.Kenapa dipanggil masjid kristal? sebab kat setiap 4 bijik tiang yang ade kat keliling masjid tu, kat atas die ade batu kristal betul-betul kat bawah bulan sabit....lepas semayang kat ctu, bergambar lagi sampai lebam

Masjid Kristal



Apsal la Adia2 nih suke sangat tarik baju aku nih?


Lepas tu aku decide nak naik bot TTI River Cruise. Bot ni akan bawak pusing-pusing kat Sungai Terengganu sambil lalu kat monumen-monumen TTI, pulau-pulau sampai la ke muara sungai. Yang bestnye kat dalam bot ni ade tourist guide yang asyik bercerita pasal setiap tempat yang kitorang lalu....info die sangat bagus n best. 2 orang Adia cukup seronok dapat naik bot huhuhuhu. Puas la aku dok pegang kuat-kuat Adia2 pasal takut die terjun ke dalam sungai.




Tanda time kasih pasal bawak naik bot

Tiket naik bot...10 hengget sorang







Kali ni aku tak masuk ke monumen TTI pasal macam tak cukup mase je nak tengok....tak pela, lengkali jela pergi.


MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 11. Bandar Kuala Terengganu

Pagi-pagi lagi En Suami dah ke hospital untuk cek student physioterapi wat paraktikal. Aku ngan 2 orang Adia g breakfast kat hotel. Hari pertama breakfast kat sini, diorang just serve alacarte je...lor...dah tu ade 2 menu je iatu nasik goreng n American breakfast. Jadik kitorang amik menu American je. Tengok-tengok, hampehnye....roti sekeping, baked bean, kek pisang sepotong, telur mata yang sangat oily dan sejuk + keras.....Dah la tu, ade sorang ahkak waitress kat ctu aku tengok agak dah lari protokol rasenye....mungkin ade sesetengah orang rase ape yang die wat tu tak salah mane pun, tapi aku rase agak kurang sopan kot....ahkak waitress tu duduk kat sebelah makanan sementara guest datang. Pastu, main amik je makanan kat ctu n ngap je terus sambil berdiri (mind you tak pakai pinggan atau ape-ape bekas ye, just cedok gune sudu jer)....kaedahnye buat cam rumah sendiri....yang buat aku pelik bilamana ahkak tu yang bertudung comel kat atas, tapi kat bawah seluar lipat sampai bawah lutut...hihihihi....macam-macam la diorang nih.

Dah breakfast, kitorang gerak sambil jalan kaki ke Datarn Shahbandar. Mase tu ade plak adegan mak bapak nangis-nangis + peluk-peluk anak memasing.....oooooooo rope-ropenye hari ni dah start lapor diri ke PLKN....kitorang just lalu area ctu n bergambar sampai lebam ....:)

Adakah baju Adia2 kecik atau perutnye membuncit pasal makan banyak?

Baju mimi cantik

Takde gaye lain ke bebudak nih....aik piece jer

Adia 2 merajuk
Adia2.....arghhh

Lepas tu kitorang gerak ke arah Istana Maziah....ingatkan nak naik Bukit Puteri, tapi cuaca kekadang hujan n jalan agak licin, so cancellah. Bergambar lagi sampai lebammmm...



Pastu kitorang jalan-jalan lagi. Dah tengahari ni, nak lunch la plak.....Oleh kerane banyak blogger mention Restoran Mat Binjai, jadik kaki aku pun menuju ke arah sane. Restoran Mat Binjai ni dikatakan serve secara berhidang makanan kampung n tradisional Terengganu macam telur penyu, sotong bakar, ulam, sambal-sambalan, etc. Tetapi mengapakah, bila aku ke sane serve nye cam hampeh je huhuhu. Nak kate orang ramai, tak pulak. Sampai 4-5 kali aku duduk-bangun ke tempat lauk-lauk, takde sape pun nak serve atau tanye ape aku nak....bengkek tul, sudahnye aku duduk je n wat bodoh kat ctu. Nak kate aku duduk tempat tersorok, tak jugak. Aku duduk kat tengah-tengah laluan n pekerja kedai tu berapa ramai asik lalu lalang depan/belakang aku. Cubela diorang tiru style Restoran Salero Nogori, kan senang. Tak lame kendian, baru la ade orang tanye nak makan ape, tupun lepas Adia2 dok bising-bising mane nasik....lapar sudaaa budak itu. Jadik aku mintak nasik, ikan merah masak lemak ngan sotong bakar n budu. Kesimpulan: tak sedap ikut tekak aku n 2 orang Adia. Ikan masak lemak tawar n tak pekat (abaikan level pedas pasal sekarang kat pantai timur), sotong bakar plak rase pahit (even rase garam pun tak de), dah la mintak sekor die bagi 2 ekor....cissss. Total sume dalam 20 hengget lebey....Lepas nih reject la kedai nih.

Untuk membakar makanan yang ade kat dalam perut nih, kitorang berjalan lagi......sampai kat mane pun aku tak tau dah. Sudahnye, aku tepon En Suami untuk pickup aku n anak-anak.


MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 10. End Stop.....Kuala terengganu

Dari Chendering, kami dah tak stop memane dah pasal dah petang sangat.....nanti hotel yang kitorang book dah tak terima lagi, pasal kalo lepas kol 6 kitorang tak check in, diorang terus bukak bagi orang lain.....huhuhuhu. Dahla sekarang ni time cuti skola, g hotel lain sure dah penuh....hari tu nak book hotel area kole terengganu punyela susah pasal mostly dah full.

Akhirnye, sampai gak ke Ming Paragon Hotel & Spa......huh...penat gilerrrr. Masuk hotel je, macam dah tak boleh nak bangun dah....Jangankan nak keluar dinner, nak bangun mandi pun macam tak larat...huhuhuhu.

Deco hotel nih boleh tahan la katil, tv, etc....bilik air marbeles cket.....tapi, biliknye sempit giler. Sampai nak semayang pun mesti kepala kene almari atau bontot kene katil.......Dalam banyak-banyak hotel dari 1 bintang ke 4 bintang yang pernah aku g, nilah hotel yang paling sempit pernah aku masuk....Bagi aku, hotel yang paling best dari segi deco, bathroom, servis n breakfast adalah M Suites Hotel kat JB, Swiss Inn kat Sg Petani n Summit Hotel Bukit Mertajam. Pastu ade satu hotel ni kalo 3-4 tahun lepas boleh masuk antara yang d'best la, tapi sejak dua menjak ni agak hampeh iaitu Hotel Grand Continental Kuantan.

Waktu malam ingatkan nak dinner tempat best....sekali hujan lebat daaa. Kitorang makan stall tepi jalan je, lagipun macam tak larat nak jalan jejauh. Balik hotel, terus pengsan.....tetapi Adia 2 masih boleh melompat toing toing kat atas katil die.....apekah? 10 kali aku suruh tido, die still lagi dok toing-toing. Sudahnye En Suami tutup saje lampu bagi gelap, terus senyap. Tapi tak tau la kalo die terus toing toing gak dalam gelap-gelap tuh..............


MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 9. Marang ke Pantai Pandak, Chendering

Since hujan turun agak lebat kitorang pun beredar dari benteng pemecah ombak, tapi bila sampai je kat jalan besar terus dah tak hujan...aik, biar betul ni....huhuhuhu. Tapi kitorang takdela patah balik, kitorang teruskan jela perjalanan ke kole terengganu. Sambil-sambil tu kitorang tengok port mane yang best nak mancing lagi nih....hihihi. Dalam tercarik-carik tu, tersinggah la plak kat Pantai Pandak (5°16'6.57"N, 103°11'9.20"E), Chendering. View pantai ni seyes cantik....ade batu-batu besar untuk lepak-lepak lagi.Tapi aku tak dela sampai naik ke batu tu, pasal ombak agak kuat n tetibe je teringat pasal kes kat Teluk Kalung yang ombak tarik orang yang duduk atas batu....bahaya tuh...Kitorang kat cni kejap je, saje je nak cuci-cuci mata....





MiMi "2" ADIA

Pantai Timur: 8. Marang

Lepas lepak-lepak kat Pantai Kelulut, kitorang ke benteng pemecah ombak kat muara Sungai Marang (5°12'20.97"N, 103°12'53.98"E) untuk aktiviti memancing En Suami. Dari jalan besar kat depan Petronas, kitorang masuk kat satu jalan kampung / lorong kecik. Finally kitorang sampai kat area nelayan n ade satu benteng panjang untuk pecahkan ombak. Kami terus carik port yang best untuk En Suami memancing....Adalah dalam setengah jam kitorang kat ctu, lepas tu kitorang packing barang ke kereta pasal hujan da turun.....huhuhu




MiMi "2" ADIA