Kawan2

Khamis, 8 Januari 2015

Merewang @ Seksyen 7

OK, seyes aku tak tau selama ni dekat lorong-lorong belakang kedai @ Seksyen 7 ada banyak lukisan mural yang marbeles (lepas google barulah ku tahu namanya Laman Seni 7). Selama ni kalau aku ke sana, just ke area - area depan / A&W je. Alkisahnya, aku nak buat rawatan gurah (resdung) untuk Adia1. Masa tu, punyelah menyumpah dengan jem giler semata-mata nak carik parking.....jadi, dari tempat aku parking kereta nak ke pusat rawatan tu, haruslah melalui lorong-lorong belakang kedai tu sebagai jalan shortcut. Pelik pulak aku, apasal ramai orang dok bergambar berposing bagai, rope-ropenye..................huh, layan gambar je la dengan artis-artis dari aku nye team produksi.


Kengkunun takut la dengan tangan gergasi tuh

Tak hujan / panas pun sibuk nak berpayung

Huh...tak senonohnye.....sembelit ke aper


Nasib baik tak terbang







Cameraman...

Super Mario....kengkonon nak hentak kepala kat bata merah, tapi takde syiling


MiMi "2" ADIA

Delloyd Family Day

Tahun ni Delloyd Family Day agak spesel sikit, tak macam tahun-tahun yang dulu, manjang je buat kat Desa Water Park. Kali ni 30th Anniversary punya pasal, venuenya dibuat dekat Sunway Lagoon. Memula tu, ramai gak yang participate, rugi wooo sape tak pergi. Tapi, bila HR keluarkan memo sesiapa yang dah beri nama tapi tak pergi di hari kejadian, maka terpotonglah gajinya di hujung bulan nanti. Wah....ramai pulak yang cancel, yela kite mane tau apa yang bakal terjadi, dibuatnye tetibe ade kecemasan dah tu pulak g daftar nama family sampai 5-6 orang (bayangkan jumlah yang dipotong antara 80 ke 100 henggit seorang............huhuhu nangessss!!!).

Di hari kejadian, pagi-pagi lagi aku dah sampai..........bukan ape, just nak cop parking dekat2 ngan pintu, malas pulak nak jalan jejauh bila balik nanti.Tapi yang tak beshnya, kene tunggu lama la pulak untuk main door open.....huhuhu.




Since sebelum ni aku dah ke sini 2 kali (refer entri sini), jadi aku dah aim aktiviti ape yang nak buat kali ni n yang paling 2 orang Adia tu nak bercemporo. Masuk 5D Splash entah berapa kali, sume game kat area cowboy pun asyik mengulang je, sampai aku pulak naik buhsan. Adia1 nak naik roller coster, terpaksela aku tunggu die selesai dekat 1 jam jugak....sigh. Dah alang2 dia naik roller coster, aku pakse dia naik Tom a Hawk......biru muka ahahaha, tu pun nasib baik kapal pirates tak berfungsi hari tu. Gelongsor-gelongsor air tu kitorang tak pergi sebab Adia2 tak cukup tinggi lagi n aku dah tak sanggup nak tunggu Adia1 beratur lelame. Baik la diorang main kat kolam bawah je. Dah kecut kulit memasing, kitorang merayap pulak kat ala-ala taman haiwan. Dulu ade rimau putih yang beso kat lorong kedai-kedai tu, la ni dah pindah kat taman haiwan........tapi tak nampak pun masa kitorang sampai. Binatang yang besar-besar sume nye g yorok / tido kot, yang show off binatang kecik-kecik je. Lastly, kitorang masuk rumah hantu zombie....memula tu 2 orang Adia tu cakap besar, sekali bila dekat pintu masuk, Adia1 sibuk je nak rapat-rapat, Adia2 nanges terus............Aku terus seret je budak-budak tu, saje bagi berani sikit. Aku cakap kat diorang, kalau zombie tu datang, tampo je muka / tendang je kat kaki....huhuhu, memasing dok geleng kepala hahaha. Rumah hantu ni pun bukan lah seram mana pun, maybe aku penah masuk rumah hantu yang lagi horror kot, tak pun pernah nampak yang real punya.


















MiMi "2" ADIA main door dah nak tutup, baru lah terhegeh-hegeh keluar....ahahaha

Selasa, 6 Januari 2015

Cameron Highland....weyyy

Setelah sekian lame tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highland (adela dalam 6 tahun kot...), akhirnya sampai lagi rejeki aku ke sana lagi. Ni semua adik aku punye idea......sebab dia dah tempah apartment kat Tanah Rata. Selama ni kalau ke sana just lalu n singgah je....trip kali ni aku ngan family nak merasa plak tido kat tanah tinggi ni....nak tengok boleh tahan ke idak. Al-maklumla, kitorang ni sumenye datang dari baka yang tak tahan sejuk (tapi baka yang jenis ni tak turun pulak kat 2 orang Adia tu....diorang baka mat salleh ikut En Suami huhuhu).

Malangnya beberapa hari sebelum kami pergi tu, berlaku pulak bencana kat Bertam Valley. Kitorang dah serba salah nak pergi ke idak....tapi apartment dah bayar.....kebetulan sorang adik aku tu memang selalu ulang alik ke Brinchang / Tanah Rata sebelum dan selepas bencana. Dia kata OK je, just jangan lalu tempat kejadian je la....

Kami bertolak Sabtu pagi terus ke Simpang Pulai, collect dulu sorang adik aku kat sane hihihi. Cuaca tak berapa baik, sepanjang hari mendung & hujan je, dah tu kabus punya la tebal especially dari Simpang Pulai ke Kg Raja. Dah sampai sana, macam biasa la asyik menyinggah je sane sini.....hihihi. Tapi bila keluar kereta je, angin tanah tinggi + hujan gerimis = sejuk weiii hahahaha.

Bharat Tea


Taman Rama2
Malam tu kitorang ke pasar malam Brinchang, hajat di hati mau borong Strawberry kat sane, kabarnye rege Strawberry kat pasar malam jauh lebih murah dari kedai2 di siang hari. Memang betul pun n aku berjaya borong 3 tray hahaha.....jangan risau Adia2 giler makan Strawberry. Malam tu aje, kitorang dah kenduri 1 tray, sekelip mate pulak tu. Tapi gile la sejuk bila waktu malam kat sane, dengan hujan lagi....tak tahan woooo. Memang sahih la aku tak bole g obersea yang cuaca sejuk-sejuk nih.

Esoknya, cuaca cantik & cerah. Nak jalan-jalan pun syiok n dah tak rase sejuk langsung. Tapi, bila tengahari je, jalan dari Brinchang ke Kg Raja dah start jem. Gile lah terkemut-kemut jem naik bukit pusing-pusing bagai. Orang yang jalan kaki pun boleh potong kitorang weii.

MARDI - Taman Bunga
MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Herba

MARDI - Taman Teh

MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
Overall sepanjang jalan dari Kg Raja ke Tanah Rata nampak agak kotor n berlumpur sikit, maybe sebab hujan turun hampir setiap hari. Tapi kan, punyela ramai mamat bangla kat sini. Mana-mana je nampak muke diorang, kedai mamak punyalah berlambak. Bukit-bukit pun banyak yang dah kene tarah.......nampak putih plastik je.



MiMi "2" ADIA berbeza sungguh Cameron dari zaman aku kecik, sederhana kecik, separa dewasa, dewasa....

Besday Adia1

Entry ni patutnya aku post few months ago.....tapi dah terlepas pandang and save as draft.....huhuhu, memang ketinggalan ERT sungguh.

Alkisahnya kitorang celebrate besday Adia1...........banyak planning yang terpaksa aku batal / tangguh gara-gara UPSR kene repeat balik......paling tak best, last UPSR paper jatuh pada besday dia.....warghhhh. Aku pulak yang tensen, tapi Adia1 rilek + chill jer....huhuhu.


Red velvet kek + surprise choc inside kek
Hadiah besday, of course ade..............tahun ni memang spesel sikit. Adia1 request nak MP3. Lepas aku search price n comparison, tibe-tibe aku rasa why not aku beli tablet je..........ala, tak payah mahal-mahal, just beli yang buatan malaysia je (harga lebey kurang dengan MP3). Bila aku cakap dengan En Suami, dia terus setuju.....lagi pun bile kami pergi tempat orang, 2 orang Adia ni macam meroyan je nak main tablet sebab semua kanak-kanak range diorang dah ade tablet / smartphone sendiri......daripada asyik usha n guna orang lain punya, baiklah beli sendiri.

Tetapi sebelum aku n En Suami handover tablet tu, kitorang dah bagi 10 syarat yang harus dipatuhi....jika tidak, haaa tarik balik la jawabye....hihihi (eleh, belum dapat lagi, laju je kate setuju). Sampai masa nak handover, 2 orang Adia tu ingat aku ngan En Suami nak bagi MP3.............bila terserlah rope bentuk menatang tu, Adia1 speechless....air muka memang gembira gila. Tapi Adia2 merajuk terus, kenapa dia tak dapat (of course lah sebab tu besday Adia1)......hahaha, sebenarnya surprise untuk dia jugak, ade je sebijik untuk dia, terus melompat n lupa terus alam sekeliling.....huhuhu


MiMi "2" ADIA