Kawan2

Jumaat, 7 Disember 2012

Lost????

Minggu ni Adia1 lepak kat umah nenek a.k.a bundaku. Seronok la die....huhuhu.
Adia2 pulak kat rumah macam orang sasau.....hahaha, almaklumla tak de sape yang dibuli.
Ade sekali tu, aku kejutkan Adia2 bangun tido sebab nak hantar ke taska. Dia bangun-bangun je, terus bukak pintu bilik Adia1.

Mimi : Carik ape tu?
Adia2 : Carik Kak Long
Mimi : La....kan Kak Long kat umah nenek!!!
Adia2 diam je. Tak lame komdian........
Adia2 : Mimi, jomla balik kampung. Kite amik KakLong


MiMi "2" ADIA

Musim Buah

Hari tu aku pulang ke kampung kat Jelebu untuk tengok rete yang dah membuahkan hasil.....hihihi. Maksud aku, la ni musim buah kat kampung. Yang banyak time nih kat kebun buah doyan ngan dokong.

Salah satu pokok dokong

Pak Teh Buher melantak dokong





MiMi "2" ADIA

Sedut Gas lagi

Baru-baru ni Adia2 batuk teruk, macam batuk kering.....batuk sampai nak keluar semua bende dalam perut.
Bawak g klinik, doktor terus bagi gas.....


Besoknya Pak Teh Buher datang bagi setangkai buah salak....terus batuk hilang. Lepas nih kalo die batuk teruk je haruslah sumbat kat die buah salak banyak-banyak.


MiMi "2" ADIA

Rabu, 28 November 2012

Nakal

Adia2: nape kepale mimi tu?
(ade parut lama kat kening aku)
Mimi: dulu mimi jatuh kat umah atuk
Adia2: tula, sape suruh nakal....kan da jatuh

MiMi "2" ADIA cis cis cis cis

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 26 November 2012

Hari Terbuka Taska Adia2

Taska Adia2 buat hari terbuka a.k.a tengok report kad prestasi Adia2 sepanjang tahun ni. Cikgu Adia2 kate Adia2 kuat merajuk...hahahaha.




MiMi "2" ADIA

Konsert Adia2

Layan je la video-video ni. Tahun ni konsepnye beriman dan beramal soleh......







MiMi "2" ADIA

Jumaat, 16 November 2012

Kebab Cucuk Amza

Lepakking n buang masa kat dataran shah alam since rase rugi sangat dok kat rumah di petang hari tatkala cuaca cantik & tak hujan. Kat tepi dataran ade satu stall kecik, nampak menarik untuk aku terai.....Kebab Cucuk Amza.

Tengok rege macam murah. Aku da terbayang kebab cucuk kat pasar sabtu jalan TAR. Kalo saiz besau rege 2 hengget memang beshhh. Tapi bile sampai je, memang ado.....huhuhu. Saiznye besau cket je dari sate kajang, serve ngan mushroom soup. Rasenye masam cket, maybe terlebey asam. Yang tak beshnye takde kambing cucuk la plak






MiMi "2" ADIA pencinta tegar kambeng
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 15 November 2012

Nasi Kandar Zainul


Di kala kebuhsanan menunggu kancil yang di pam kat kedai lee woksyop, tetibe teringat kat nasik kandar zainul. Dah lame tak makan nasik kandar yang bole tahan marbeles kat pj nih. Location dekat medan makan pj state belakang shah village.


Ingatkan ari bekerja je kene beratur, ari cuti pun same jugak. Specialized selain nasi kandar adalah kepala ikan yang berderet kat almari, wat aku terliur je huhuhu. Tengok sotong pun geram jugak, besau-besau belakau. Tapi aku amik ikan tenggiri goreng je, jangan sesekali tamak haloba je, ikut napsu....lesu.



MiMi "2" ADIA kebuntat sudaaa
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 10 November 2012

Ikan Senangin Masak Lemak Mo Bacang


Dinner ari ni. Ikan senangin tu en suami dapat mase mancing marin. Bacang amek kat madrasah kampung. Cili api burung dari umah mak. Lain-lain kedai mari



MiMi "2" ADIA
Published with Blogger-droid v2.0.8

Jumaat, 9 November 2012