Kawan2

Khamis, 25 September 2014

Delloyd Coffee Table Book

Baru-baru ni sangat sibuk sampai hari cuti umum pun kene keroje. Haipp.....jangan ingat keroje time cuti ni dibayar berganda-ganda tau, aku cuma dapat replacement cuti jer. Projek kali ni aku kene get together dengan vendor buat Delloyd Coffee Table sempena 30th Anniversary Dinner jumaat ni.

Oleh karena mase sangat suntuk, tu yang jadi kerahan tenaga dan tawanan di bilik meeting depan opis bos besar. Tak boleh keluar pulak tu....makan pagi petang semua disediakan kat dalam tu. Lunch je aku boleh keluar, tu pun makan dengan satu team. Hari-hari balik lewat, sampai kene complain dengan 2 orang Adia....Mimi ni time cuti sekolah pun asyik balik malam je....huhuhu.

Yang menambah alkisah perasa garam bagainye, aku pulak demam + batuk sepanjang minggu tu. Nak MC pun tak boleh, gagah jela datang opis pastu telan obat.....Dah la sakit kepala, pagi ngan petang serve pulak kopi O kaw pekat melekat....name pun peberet, dah terbau-bau tu, mane nak menolak. Sakit pun, sakit la....janji minum air kopi.

Nanti aku upload gambar Coffee Table, sebab sekarang ni masih dalam proses printing. Masa Anniversary Dinner tu nanti, aku dapatlah buku tu. Oppss....sebut pasal Anniversary Dinner ni, sebenarnya aku tak layak pun datang. Hanya dijemput Assistant Manager level ke atas, dan baru-baru ni dibuka pada Senior Exec. Guest untuk dinner kali ni kebanyakannya dari pihak vendor & customer. Tetapi oleh karena most of multimedia project untuk dinner ni aku involve, big bos terus request letak nama aku dalam guest list. Jadinya small potato dikelilingi big big durian....Wahhh


MiMi "2" ADIA

Tiada ulasan: