Kawan2

Sabtu, 26 Julai 2014

Adia2 Berpuasa

Beberapa hari sebelum Ramadhan, Adia2 berkobar-kobar minta dikejutkan time sahur, nak puasa katenye. Nampaknya Adia2 dah kene brainwash dari cikgu kat sekolah dengan cerite yang best-best belaka pasal berpuasa ni. Mula-mula aku tak setuju sangat, sebab aku rasa terlalu awal lagi, takut dia yang tak tahan nanti.

Puasa pertama aku tak kejutkan dia sahur, marah sungguh sampai merajuk. Hari kedua, aku turutkan je la kehendak dia nak berpuasa. Bila petang balik opis & sampai ke taska, aku tengok Adia2 lembek selembeknya. Asyik baring je, cakap pun tak larat. Orang kat taska nak bagi makan tengahari, tapi dia tak mau. Sudahnya, masa dalam kereta En Suami paksa Adia2 minum air, barulah boleh bangun. Bila dah jadi camni, En Suami kate tak payah puasa dulu tahun ni. Adia2 pun nampaknya dah serik nak puasa, langsung takde bunyi nak puasa lagi. Tula, awak dah la kecik, kalau nak puasa pun buatlah separuh hari dulu......ni tak, dibantainya sampai satu hari, maunya tak lembek.


MiMi "2" ADIA

Tiada ulasan: