Hari kedua dimulakan dengan acara bersarapan secara berjemaah di restoran @ Steung Siemreap Hotel.....hihihi. Tapi tula, takat boleh makan roti, telur ngan buah je.....kompom cepat lapar huhuhu.
|
Boleh kenyang ke?? |
|
Sambil breakfast, ade pulak yang seronok berendam.
Dah macam model majalah MANGGA kan? |
Aktiviti seterusnya adalah program teambuilding bertempat di hotel yang sama dari pagi sampai la petang. Kami cuma break waktu tengah hari untuk lunch dan solat jumaat (lelaki je, kami kaum pompuan pegi shopping......boleh gitu? hahahaha) Apa-apa pun, not bad n really enjoy the teambuilding.
|
Mr OR isi minyak sampai abang Ferrari explode |
|
Group kami adalah HOT...tangan aku yang betul-betul bawah HOT |
Tengahari, daku dan Linda membuang masa dengan mencuci mata / bershopping di pasar bersebelahan dengan hotel. Nak jalan jauh-jauh tak larat, sangat panas. Peniaga-peniaga di sini menggunakan mata wang USD dan Riel. Oleh kerana di waktu tersebut nilai mata wang MYR mulai susut, terasa juga barang-barang yang dibeli agak mahal. Sila bayangkan harga 1 tin 100Plus yang bernilai USD1.....huhuhu
|
Beras kat sana memang sedap dan wangi. Aku beli 2kg |
Gambar di bawah adalah ihsan dari kengkawan yang bersembahyang jumaat di Masjid Neakmat Kampung Steung Thmey.
Di malam hari, tak lain tak bukan window shopping lagi................Penat woooo, bukan penat jalan tapi penat menunggu kaki-kaki shopping dok tawar menawar berjam-jam dekat kedai akak gedik (Semua orang cakap macam tu ye). Mana tak gediknye, kalo pompuan yang beli layan macam so so je. Bila lelaki yang beli, nak pulak yang jenis melayan (nama yang berkenaan dirahsiakan hahaha)....kemain lagi, sampai tahap terguling-guling kat lantai si akak gedik tu. Jadi, kami yang pompuan ni just order dan tunjuk je kat geng lelaki.....diorang yang setlekan bab-bab harga, sedar-sedar kami hulur duit je.
|
Inilah 1 of fresh fruit juice yang bersepah....sedap. Aku order buah naga + markisa = USD 1 |
Pulang di malam hari agak lewat...dah la pagi-pagi buta esoknya kene bangun untuk ke Angkor Wat....warghh, jam 2 pagi baru terlelap
MiMi "2" ADIA serius jus buah Naga + Markisa sangat sedap...nak buat kat rumah la nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan