Baru-baru ni ketika pulang dari utara, aku singgah masuk ke Pulau Pinang. Hajat utama haruslah pekena nasi kandar.....hihihi. Dah alang-alang masuk ke pulau, aku pun terjah lah Bukit Bendera. Lama sudah tidak ke sini.....kali terakhir adalah rombongan sekolah semasa darjah 6. Hilang ingatan pada memori ketika itu. Yang aku ingat cuma trem keretapi bukit bendera yang kaler merah tu. Beberapa tahun lepas ada juga planning untuk ke sini, tetapi Bukit Bendera masih lagi ditutup untuk renovation.
Nampaknya pengunjung di sana gak ramai walaupun bukan pada cuti umum. Q untuk menaiki trem agak panjang, dan terpaksa menunggu sehingga 2 trip. Haku dah berangan nak duduk depan sekali, kengkununnya boleh nampak view yang best.....tapi tak dapat. Pengunjung ramai sangat dan terpaksa berasak-asak di dalam trem....huhuhu. View dari atas Bukit Bendera memang cantik, tapi malangnya ketika itu cuaca agak mendung.
|
View dari Upper Station |
|
Mendung..... |
Di pinggir jalan terdapat beberapa gerai cenderamata, pelukis-pelukis jalanan dan beberapa teropong untuk melihat pemandangan Pulau Pinang dengan lebih jelas (kene bayar RM 1 untuk beberapa minit). Kami berjalan sehingga ke dataran di depan Muzium Burung Hantu. Tak masuk pun sebab kena bayar lagi...huhuhu. Kemudian, kami mendaki pula bukit yang terletak bersebelahan dengan dataran tadi....huuuu semput jugak wei. Di puncak bukit terdapat masjid, kuil, taman permainan dan beberapa banglo.
|
Hish....nak meniru la tu!!! |
|
Menaiki tangga untuk ke puncak bukit |
|
Kat belakang tu penuh dengan kunci cinta!!!. Modus operandi bagi pasangan bercinta: beli pet lock, tulis nama, kunci pada pagar, dan campak anak kunci ke dalam gaung. |
Kami tak round habis pun dekat sana, sebab masa dan cuaca yang tak mengizinkan. Kalau refer pada peta, banyak lagi kawasan yang belum diterjah, tapi kebanyakannya adalah bangunan banglo kolonial. Lagi pun untuk berjalan ke sana perlukan stamina yang tinggi kot....daku dah tak larat nak jalan lelama (sila sedar diri ini bukannya belasan tahun lagi). Tapi, ada satu lagi alternatif kalau nak explore tanpa perlu banyak berjalan, terdapat buggy yang boleh disewa RM 30 untuk 6 penumpang. Driver buggy akan bawa round seluruh kawasan beserta explaination sekali. Maybe next trip boleh planning untuk fully round area sini.
Untuk perjalanan turun, kami sengaja bagi laluan kepada pengunjung yang lain untuk menaiki trem yang sudah sedia menunggu. Motip???? Supaya kami dapat tempat duduk di bahagian depan sekali untuk next trem.....hehehe, misi berjaya akhirnya.
|
Perjalanan turun dari atas |
|
Memasuki terowong |
|
Laju!!! |
|
Trem yang lama.....sekadar perhiasan |
|
Berselisih dengan trem menuju ke atas |
|
Dah sampai! |
MiMi "2" ADIA
2 ulasan:
adia dah tinggiiiiii
ahahaha....almost dah sama level dengan miminya. Tak lama lagi dah boleh konsi baju n seluar :)
Catat Ulasan