Kawan2

Khamis, 25 Ogos 2011

TGI Friday's (Thanks God, It's Fridays)

Entry kali ni aku nak kupas cket pasal restoran nih. Aku tak pernah pun masuk / kepingin nak makan kat ctu. Tapi mengenangkan dulu ramai kengkawan yang ajak makan kat ctu. Tapi mase tu aku memang dah tau yang restoran ni x de status halal + ramai yang dah cerite kat aku yang makanan kat ctu dicampur ngan wine. Ade jugak aku nasihatkan kengkawan yang suke makan kat ctu. Tapi bagi diorang mudah je. Diorang kate, "ala...memang la ade wine. Tapi nanti kite mintakla diorang masak tak letak wine". Tapi diorang tak pikir ke, even makanan yang diorang order tu tak campur ngan wine, segala pinggan mangkuk periuk senduk tu tetap ade sisa2 wine.....huhuhu

Baru2 ni aku dapat email pasal restoran ni....Aku lampirkan kat bawah. Aku harap sangat kepada kengkawan yang berfahaman camni (segalanye mudah) boleh amik iktibar ye!!!!



Subang Parade, Subang
 
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.

Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.

Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan Buffet Ramadan di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…

Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma Buffet Ramadan atau Menu berbuka puasa boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.

 
Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.

Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol

Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.
Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim
Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine


MiMi "2" ADIA

Isnin, 22 Ogos 2011

Kuih Raye

Tahun ni aku buat 1 je kuih raye..........old time & always feberet = kuih sarang semut. Rasenyer aku wat banyak, tapi hasilnye apsal cket ek??? Nanti nak bagi kat mak, bawak balik rembau lagi. Agak2, nak kene buat lagi ke?


Sarang semut sebelum kejadian. Penat tu nak parut

Yang ni lepas kejadian

Watak tambahan dalam proses nak buat sarang semut

Watak tambahan bersama watak utama dalam kacau mengacau nih


MiMi "2" ADIA yang sakit pinggang lepas buat kuih...adoila. Dah kertu nih

Nyaris Eksiden....huhuhu

Jemahat lepas berlakulah satu kejadian yang boleh merentap jantung daku. Mase tuh, aku baru je balik kije. Jalan yang biase aku lalu adalah Jalan Bukit Kemuning. Jalan tu agak sibuk la jugak ngan lori2 besau + bas2 besau.

Sedang aku pandu ngan konfidennye kat jalan tuh, tetibe aku nyaris kene hantam ngan lori kontena beras dari tepi. Mak aih, mate aku jelas nampak kepala lori dok kat sebelah aku. Dengan coolnye (x de maknenye cool, gelabah + mengucap panjang) aku terus belokke kiri cket n teruskan perjalanan. Nasib baik x de orang tengah jalan kaki kat ctu, kalo tak naye je kene langgo. Yang drebar lori tu pun nasib baik brek mengejut. Kalo due2 panik, mau aku dah terlantar kat spital...huhuhuhu. Nauzubillah...mintak dijauhkanlah

Puncenye, lori tu x nampak aku, aku pun x nampak lori tuh sebab pandangan kitorang terhalang dek sekor bas besau.


MiMi "2" ADIA yang harus lebey berhati2 bile lalu kat jalan tu

Selasa, 9 Ogos 2011

Puase....Lemau....Bonus

Di bulan pose ini, aku telah dilanda ke'lemau'an yang melampau....sampai bos kate " shiema, apsal u seem like battery weak?" hohohoh

Di kala ke'lemau'an melanda, aku tak tau nak wat ape, walaupun keje berlambak-lambak. Nak buat mane satu pun aku tak tau. Bos pulak menjeling-jeling je (misti wonder why, apsal la minah ni?)....dan aku pulak membalas dengan pandangan + tersengih2 sambil berkate "bosss, gomen dapat bonus, kite pulak bile nak dapat?" hihihihi


MiMi "2" ADIA

Selasa, 19 Julai 2011

Tersepit kat Pintu bas

Baru2 ni, aku dapat email pasal tersepit nih.

Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui , China .

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas.


Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.
The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.
Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…

Hahaha....bende ni mengingatkan aku satu perkara......AKU PUN KENE CAMNI GAK dolu2...huhuhuhuhu. Mase tu aku form 5, lepas skola nak lepak jap umah membe kat Kundang. Kenderaan kejadian adalah bas feeder (sesape yang dok kat sg buloh dolu2 tau la pasal bas nih....bas transit dari komuter sg buloh). Bezanya dengan kejadian kat atas adalah aku tersepit separuh badan kat pintu bas, tapi kepala kat belah luar. Tangan plak tergapai2, sebelah tangan kat luar, sebelah lagi kat dalam. Dah tu passanger yang kat dalam bas pulak pakat tengok reramai....bukannye nak tolong ke ape. Kawan aku plak yg dok terjerit2 sambil dok kejo aku yang tersepit...adela dalam 10 meter.

Bile si drebar tu perasan, terus die berentikan bas tuh n bukakkan pintu. Pastu blah camtu je, mintak mahap pun tidak.  Aku memahami kalo pompuan kat atas tuh x protes ke hape....malu tahap gaban tuh (walaupun bukan salah kite).


MiMi "2" ADIA yang baju skolahnye ade garis hitam panjang kat tengah2

Khamis, 7 Julai 2011

Seriau tengok

Tadi sesaje jenjalan kat satu blog ni....terbace satu entry pasal cara2 pembesaran buah dada oleh maknyah...seyes seriau. Memang kene ambik iktibar nih


MiMi "2" ADIA yang meremang bulu rome kaki (je) tengok gambo2 tu

Rabu, 29 Jun 2011

Selamat Hari Lahir to Mimi!!!!

Semalam genap la aku 30 tahun (apsal la aku rase cam 23 lagi nih). Off cos la en suami akan jadik orang pertama yang wish (bersyukur gak pasal kalo hasben orang lain, mostly akan lupe semua tarikh2 penting).

Untuk pertama kali, bos buat surprise bday party kat opis (ouch...very touching). Walaupun simple je tapi lagak n gaya bos ngan budak2 kat opis nih memang x bole blah.

Time malam lak turn celebrate ngan en suami n 2 Adia. Kitorang dinner kat restoran ikar bakar (ala, yang stail tepi2 jalan tu jer), since ikan bakar ni one of my peberet. Dah kenyang mengatah ikan, kitorang g jalan2 + lepak2 kat padang depan muzium shah alam. 2 Adia tuh bergolek2 kat padang yang besar tuh sambil aku ngan en suami dok berdating kat tepi padang heheheh


MiMi "2" ADIA

Kastam ohhh kastam

Susahnye nak deal ngan orang2 kastam nih, especially kastam Selangor cawangan penjenisan. Boleh sakit jiwa dibuatnye. Ape diorang ingat semua rakyat malaysia tahu ke segala prosedur diorang. Dahla sejak kene serang ngan SPRM ari tuh, punyalah susah kalo nak tepon diorang. Pas sane, pas sini....dah tu salah pas plak. Bile dapat pas line yang betul, x de manusia plak yang nak jawab. Bende ni berulang2 sampai dekat 3 bulan.

Finally, dapat gak orang yang sepatutnye angkat, tapi bile tanye lebey2 cket terus marah2 kate die penat, pastu terus letak tepon. Lorr.... kalo ko penat berenti jela, belambak lagi orang kat luar tuh nak ganti tempat ko tuh. Ceh!!!!

Sudahnye terpaksalah aku selalu tepon ke kastam Putrajaya. Yang kat cni ok cket tapi diorang x boleh bantu sangat pasal ape2 hal aku kene rujuk gak ke kastam Selangor.

Camne la nak buat lagi nih. Nanti kalo nak bawak masuk barang dari luar, tetibe sangkut kat bahagian clearance kastam, aku ngan syarikat aku gak yang susah huhuhu.


MiMi "2" ADIA yang bengang giler ngan Pn Aslina cawangan penjenisan kastam selangor

Selasa, 21 Jun 2011

Jalan TAR

Sabtu lepas bepergian daku ke Jalan TAR. Motif? beli kain pasang untuk raye nanti. Tema tahun ni kaler maroon. Aku g sane ngan membe sekapal kat aiskepal, Farah. Askar memasing pastinya wajib mengikuti kemane saje.

Sampai kat sane, mate sudah naik kelabu. Mane satu nak pilih ni. Tahun ni giliran crepe wangi. Tahun lepas jenis cotton, tapi untuk tahun ni, cotton still ramai orang carik, terutamanya yang gred A(seyes cantik giler cotton gred A). Yang cotton biase tu, lelong sampai 10 henggit untuk 4 meter.

Pusing punya pusing, dah terbeli 2 helai tudung, tapi kain still lagi tak beli2 lagi. apekah? Dah petang baru jumpe kaler n corak yang betul2 berkenan. Cadang nak beli sepasang, tetibe jadik 2 pasang huhuhuhu. Beli untuk mak sekali. Yang ni memasing RM35 sepasang. Pastu g nagoya plak carik kain untuk 2 Adia tuh. Yelah, takkan nak beli setiap sorang 4 meter, membazir la plak. Kene la carik kedai yang boleh offer berapa2 meter yang kite mintak.

Kebetulan hari sabtu ade pasar malam kat sane (konsep je pasar malam, tapi gerai dah stat bukak kol 9 pagi). Ramai giler orang. Sampai susah nak lalu kat ctu, lagi2 aku bawak stroller untuk Adia 2.

Malam baru sampai umah. Gile penat


MiMi "2" ADIA yang penat + nak patah pinggang...dah tua ke?

Selasa, 14 Jun 2011

Website

Akhirnya....siap jugak website yang aku wat untuk opis. Honestly, aku memang tak berapa puas hati dengan ape yang aku dah wat nih, tapi sebab x cukup masa, ape yang ado jelah....Dahla aku  ni bukan background IT, gigihla belaja wat website kat tenet.

Sesape yang rajin, boleh la tengok hasil kerja aku kat cni.....http://www.telematicsasia.com/


MiMi "2" ADIA yang kembang idung jap pasal bos wat puji2an...ceh