Kawan2

Jumaat, 20 Mei 2011

Sikap rakan sekerja yang dibenci

Aku ade bace statement pasal mende ni kat Mingguan malaysia baru2 ni....Walaupun bende ni biase je, tapi wat aku gelak2 gile.

Antara statement die:
"Suka bercakap lucah
Berbeza dengan tanggapan umum, ia bukan kepakaran yang hanya dimiliki oleh orang tua gatal semata-mata tetapi sebenarnya oleh semua peringkat usia dan jantina, mengikut masa dan tempat yang terhidang. BAHAYA : Golongan tua yang kaki cakap lucah ini cenderung untuk berpoligami atau bahasa lain, memang gila seks. Elakkan diri anda bersendirian dalam pejabat atau lif dengan golongan ini, bimbang teori lucah itu bertukar menjadi praktikal pula.
Kaki MC
MC atau Sijil Cuti Sakit banyak disalah gunakan. Hujan lebat sikit, terus MC. Ada siaran langsung bola sepak 4 pagi boleh bangun tapi tidak berdaya ke pejabat jam 8 pagi. Ambik MC.
BAHAYA : Rakan yang kerap MC, memberi kesan kepada anda yang terpaksa menanggung pula kerjanya. Dan bila anda pula betul-betul perlukan MC, anda dapati diri anda pula dicurigai majikan disebabkan kes tipu MC orang lain.
Radio Transistor
Golongan ini mungkin pernah mendapat hadiah galakan sastera dalam bidang penulisan kreatif kerana cerita yang sebenarnya luka di jari, boleh melarat sudah dipotong kaki bila sampai ke telinga anda.
BAHAYA : Nak elak tak boleh, jadi pandai-pandailah jaga tingkah-laku supaya tidak termasuk dalam Tajuk Berita Utama Radio Transistor.
Egois
Golongan ini memiliki sedikit kelebihan berbanding rakan lain, sama ada daripada segi pendidikan atau harta atau rupa paras. Kalau benar-benar bertaraf pengurus tidak mengapa, tetapi baru ketua unit pun sudah mempamerkan ciri-ciri Adolf Hitler, memanglah anak buah semua bertekad menjadi komando mensabotaj projek. Golongan ini sebenarnya sudah lama mengidam jawatan dan bila diperolehi, mahu memastikan anak buah menghafal lagu Frank Sinatra, My Way.

Lain2 boleh bace kat cni:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm


MiMi "2" ADIA

Tiada ulasan: