Kawan2

Khamis, 11 Oktober 2012

Resepi Kek Rainbow

Ade request dari kawan lama, Cik Aliaa Roslan.....ok la. Aku tepek la kat sini resepinye. Nak buat tak susah, cuma kalo tak cukup tools tu.....agak leceh jugak kot.

Bahan-bahan kek:
1 cawan mentega
2 cawan gula............tapi aku guna 1 1/2 cawan je, sebab resepi asal memang manis gile
5 biji putih telur
2 tsp vanilla
3 cawan tepung gandum
4 tsp baking powder
1 1/2 cawan susu segar
colour: purple, blue, green, orange, yellow & red

Cara-cara:
1. Panaskan oven.
2. Ayak tepung + baking powder
3. Pukul mentega & gula sampai gula hancur
4. Masukkan putih telur + vanilla, pukul sampai kembang sikit
5.  Masukkan tepung & susu segar berselang seli. Masukkan susu tepung. Kacau sebati
6. Bahagikan adunan kepada 6 (pastikan sama berat). Setiap satu adunan letak satu kaler
7. Masukkan adunan dalam loyang (Biasanya pan 8inc)
8. Bakar 10-15 minit dengan suhu 160C, setiap satu adunan.
9. Sejukkan kek



Untuk frosting, depends pada kehendak memasing sama ade nak pakai buttercream or cream cheese. Tapi aku recommended cream cheese frosting....baru la marbelesss rase rainbow kek nih

Bahan-bahan frosting:
500g cream cheese
625g non dairy whip cream  / Whipping topping (Yang ni tak jual kat market....biasenye ade kat supplier bakery, n dalam die beku

Cara-cara:
1. Pukul dulu cream cheese sampai lembut. Keluarkan
2. Pukul pulak whip cream sampai soft peak.
3. Masukkan cream cheese dalam adunan whip cream. Putar sebati. Pastikan adunan tu lembut dan licin, kalo tak tambah je balance whip cream kat adunan tu.
4. Letak adunan cream cheese tadi sebagai setiap lapisan untuk rainbow kek. bajet setiap lapis tu dalam 1 cawan + 1 sudu. Susun cantik-cantik kek tu ye!
5. Actually kalo yang tak suka frosting banyak-banyak tu, stage ni dah buleh makan dah. Sedap je pon. Kalo nak frosting jugak, lebihan adunan cream tadi buat je la topping cantik-cantik kat kek tu.




MiMi '2' ADIA

Tiada ulasan: