Kali ni seyes gambar ni jer yang dapat aku senappppp. Maklumlah.....sibuk jadik orang pangkal. Pengantin tengah berarak pun aku still lagi kat dapur, serabut + pening-pening dengan macam-macam hal. Dahla perut ni wat perangai dari semalamnya, sampai terbongkok-bongkok aku wat kije.
Majlis kali ni, buat dekat kampung abah (Kerangai, Jelebu). Aku bertolak balik hari Jumaat tengahari. Lewat pulak aku bertolak sebab aku kene g klinik dulu amik MC (gastrik nih time-time camnila ko nak datang kan?) n tunggu delivery bahulu gulung. Sampai kampung lebey kurang kol 3 lebey, orang kampung dah stat wat kije (potong bawang, blender cili, basuh ayam, etc). Aku just tolong yang ala-ala je sebab dah terbongkok-terbongkok gastrik punya pasal.
Besok paginya aku dah sibuk kat dapur.....siapkan air & makanan orang-orang pangkal untuk minum pagi, preparation untuk lauk pengantin, bungkus-bungkus lauk, doorgift, bla bla bla. Tu tak masuk lagi keluar masuk toilet 5-6 kali huhuhu. Lepas habis majlis, kemas lagi lauk-pauk.....Lewat petang susun pinggan sikit-sikit. Waktu malam pulak, ada majlis memperingot (pengantin mengadap orang-orang tua kat kampung, dengar nasihat diorang pasal alam selepas kawen)
Besoknya, just continue kemas-kemas rumah, susun balik pinggan mangkuk periuk bagai......petang sikit, aku pun bertolak balik.
MiMi "2" ADIA penat giller sey
Tiada ulasan:
Catat Ulasan