Kawan2

Selasa, 28 Mei 2013

Sunway Lagoon lagiiii

Hari tu Adia1 dapat kupon Sunway Lagoon which buy 1 tiket dewasa, free 2 tiket kanak-kanak riang. Jadik, hari cuti baru-baru ni daku bersama 2 orang Adia ke sana lagi.....Aku sampai sane, dekat-dekat jam 10, gate pun tak bukak lagi. Yang bestnye, kali ni orang tak ramai macam mule-mule aku datang dulu. Nak beli tiket je dekat satu jam. Kali ni just beratur beli tiket n masuk gate dalam 15 minit je.

2 orang Adia tu dah meroyan bila masuk situ....tak tau nak pegi mane satu dulu. Dah puas main n jalan-jalan kat atas, g mandi pulak kat bawah tu. Memule tu berangan nak naik Vuvuzela, sekali tengah maintenance daaa. Setakat main gelongsor air yang tinggi tu je la, tu pun Adia 1 je yang main. Adia 2 tak puas hati.....dok pertikai, apsal die tak boleh main gelongsor tinggi tuh. Padahal, die tak cukup 0.1 meter untuk lepas main mende-mende tinggi nih. Tapi ade satu game air baru yang best n kitorang masuk sampai 3 kali. Sanggup beratur lame tiap kali nak masuk....Waterplexx 5D. Yang ni intro die pun dah ala-ala roller coster, pastu banyak gak la adegan yang boleh gugur jantung......yang bestnye habis basah sume orang kat dalam tu kene splash air.

Dah puas main air sampai kecut tangan memasing, barulah kitorang tukar baju balik. Naik atas, sebelum keluar tu, bebudak ni ajak main lagi kat bahagian atas....hei la. Kalo nak diikutkan nafsu bebudak ni, sampai bila-bila pun takkan puas main.









 





MiMi "2" ADIA

Tiada ulasan: