Kawan2

Jumaat, 3 Mei 2013

Kempen Pilihanraya

Marin, daku ke pasar malam kat sek ##. Tengah syiok usha makanan, tetiba daku tengok kat depan ade satu group politik sibuk berkempen dekat ctu termasukla calon parlimen kawasan ni, En Amat (bukan nama sebenar). Biasalah musim nak mengundi ni, la ni baru nampak batang idung. Honestly aku memang tak suka ngan En Amat n parti dia sekali, rasa nak tumbuk je....warghhh. Kalau the taksubers of En Amat ni tau, teruk aku kene hentam ni....silap hari bulan fb ngan blog kene hack, walaupun ni negara demokrasi (suka hati aku la nak cakap / tulis apa) Jadik aku berusaha untuk blah dari ctu, malangnya misi aku fail sudaaa. En Amat berjaya tahan aku...

En Amat: Assalamualaikum
Mimi: Waalaikumsalam (jawab bebaik derr walau dalam hati nyampah)
En Amat: Ngundi mana? (soalan wajib bagi mana-mana calon....diorang hapal ek???)

Yang penting aku jawab bebaik walaupun aku tak suka dia. Tapi cara aku jawab macam aku tengah rush gilerr (nampak bebeno tak ikhlas kan?). Bagi aku walau benci mana pun kite kat calon n parti tertentu tu, tak perlu la sampai dok fitnah n maki hamun sana sini....tak kira la the macai atau the taksubers mana-mana kem pun, cakap / tulis macam orang tak dak ugama @ akal (mak aku kata ni pesen akai letak kat lutut hahaha). Sudahnya memasing gak yang sakit hati, pastu gaduh la pulak. Tak de penyakit, carik penyakit hahaha.


MiMi "2" ADIA wajib pergi mengundi, yang belum cukup umuq / tak g daftar tu....diam-diam suda ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan: