Kawan2

Rabu, 27 November 2013

Konsert Taska 2 orang Adia

Kali ni adalah tahun ke3 Adia2 terlibat dalam persembahan konsert Taska Riang Ria. Punyalah semangat berlatih dari awal tahun. Tahun ni tema konsert adalah biru + hitam, means baju T-shirt taska kaler biru n skirt kembang labuh warna hitam. Jenuh jugak nak mencarik skirt hitam tu..........hari-hari Adia2 tanya, bila MiMi nak beli skirt......haish. Last2 dapat jugak carik sehari sebelum konsert.

Konsert kali ni berlangsung kat Dewan Seksyen 25, ala dekat je ngan umah. So, takde lah terkejar-kejar nak ke sana, tapi Adia2 asyik suruh pegi cepat je.....huhuhu. Dialah orang pertama sampai, yang lain-lain dekat 8.30 pagi baru la terkulat-kulat masuk dewan.

Persembahan kanak-kanak memang banyak......Adia2 involve dalam 4 persembahan. Layan je la video ngan gambar kat bawah. Quality video memang tak berapa best, almaklumlah pakai phone je....pastu kene amik dari jauh pasal pihak taska tak bagi, diorang nak amik video sendiri. Walaupun aku rase macam tak berapa nak patut, reda je la.....hopefully video yang diorang amik tu nanti cantik & besh. Bila video diorang dah keluar, aku rasa macam nak hancurkan je cd tu dalam blender bagi jadik ice blended. Warghhhh.....dah la kene bayo 20 hengget untuk sekeping CD-R biasa, pastu kualiti dia pun hampeh.....dahla persembahan budak-budak banyak kene cut, tukang amik video tu pulak terrrramat amatur.........seyes aku marah gilerrrr.


Aiseh......satu lagi video tak bole upload ke sini....cer try tengok kat sini





Hadiah exam no 3




MiMi "2" ADIA





Tiada ulasan: