Kawan2

Rabu, 28 September 2011

Jenjalan5: Bukit Melawati

On the way balik, sampai je kat Kuala Selangor, aku ajak en suami pergi Bukit Melawati. Aku pun dah berkurun tak pegi sane, lagipun 2 orang Adia tu tak pernah jejak ke sane pun. Memang nampak berbeza & lebih terjaga area Bukit Melawati berbanding dulu. Lepas tu, banyak tempat yang pelancong boleh pergi. Kalo dulu, takat tengok view yang dekat area meriam banyak2 tu je la. Sekarang ni, pelancong boleh ke muzium, balai cerap, batu hampar.........cume kene rajin jalan naik turun tebing berbukit2. Oleh kerana en suami tak mo jalan kaki, kitorang just tengok dari jauh je dari dalam krete...huhuhu. Nanti kalo free, nak datang lagi kat sini.









MiMi "2" ADIA

Jenjalan4: Menara Condong

Hari ke3, lepas sarap pagi, aku ngan 2 orang Adia pun meneruskan misi ke Menara Condong. Tak jauh pun dari hotel, 5 minit berjalan jer. Dah puas bergambo kat luar, kitorang masuk plak ke dalam menara. Masuk2 je, kat tengah2 tu ade perigi. Pastu ade tangga kat tepi dinding. Nampak scary jer tangge tuh. Dah la kecik, suram pulak tuh. Naik punye naik, rope2nye sampai tingkat 3 je. Lorrr, dari luar nampak cam banyak tingkat. Punyela berkobar2 nak naik sampai atas sekali. Ade satu tangga ke tingkat atas sekali, tapi dah ditutup. Adia 1 kate, ntah2 diorang tutup takut orang naik nak bunuh diri....pastu nanti menara ni berhantu...ceh, bole pakai ke teori camni...huhuhuhu.



Beranda luar keliling menara condong

Central of point menara




Nampak condong x?


MiMi "2" ADIA yang pelik pasal kat sini langsung x de orang jual souvenier Menara Condong

Isnin, 19 September 2011

Jenjalan3: Dinner @ Bakau D'Muara 2

Dah puas mandi laut, sahih la lapar kan....Oleh karena dah lame sangat dok ngidam ikan bako, aku nekad nak ajak en suami makan ikan bako. Kali ni aku yang belanje hihihi.

On the way balik ke Teluk Intan, aku nampak satu kedai tu, macam ade jual ikan bako. Aku suruh en suami berenti, aku nak usha2 dulu....n YES....ade ikan bako....lebar senyuman aku hihihi. Harap2 sedap la. Aku amik siakap, sumenye beso2 belake...dalam range sekilo ke atas. Sekilo plak RM40. OK rasenye rege camtu.  Memandangkan lame sangat ngidam ikan bako, aku dah x order lauk lain. Hanye tambah nasik ngan sup daging je...huhuhu


Care diorang bako ikan ni memang dalam list peberet aku....yakni aku suke ikan bako bersambal. Rasenye memang marveles....hihihi. Puas hati. Kirenye kedai ni akan jadik tempat wajib singgah kalo aku lalu area2 cni.


MiMi "2" ADIA yang tetibe jadik ular sawe jadian

Jenjalan2: Teluk Batik

Oleh karena Adia2 patah hati + keciwa pasal tak de bathtub kat hotel, en suami pun pujuk la die n promise nak bawak g mandi laut kat Teluk Batik. Bile dah janji n bagitau awal2 ni masalah lain la plak. Asal krete berenti je die jenguk kepala tengok kat luar. Lepas tu bising2, "abah....mane laut ni" pastu ngamuk2 plak. Bayangkan berape kali kitorang berenti nak makan, isik minyak, traffic light. Jenuh gak nak memujuknye

Bila dah sampai, menonong je g ke laut. Kitorang singgah minum air dulu kat kedai pun die tak pedulik lagi dah. Panggilan laut dah memanggil2 die...huhuhuhu.




Bile mandi laut plak tak reti2 nak keluar dari air. Badan dah menggigil habis. Yang hampehnye, Adia2 takut kat ombak, jadi memanjang je dukung kat dalam air. Ajak balik tak mo, siap nangis2 bagai. Huh




MiMi "2" ADIA yang puas dok menyeret Adia 2 masuk dalam krete

Jenjalan1: Away to Teluk Intan

Oleh karena dah lame x g jenjalan, aku decide amek cuti g Teluk Intan follow en suami yang kebetulan g cek student praktikal kat spital Teluk Intan.

Lepas tengahari kitorang bertolak ke sane. Ingatkan nak singgah ke Restoran Lembah Bernam kat Sekinchan....nak makan landak ke ruse ker....tapi bile lalu kat area situ dah petang, wajib la dah tutup. huhuhu x de rejeki lagi la nampaknye kali nih.

Lewat petang baru sampai Teluk Intan. Hotel-hotel kat sini tak berape best sangat, jadi jangan menggatal la nak demand kan!! En suami decide check in kat Hotel Intan pasal hotel ni kat tengah bandar, senang nak bagi aku jenjalan katenyer. Ingatkan nak try hotel baru (Grand Court) sebab nampak cam best jer, tapi hotel tu kat pinggir bandar. Keliling die tak de ape sangat pun.

Yang pasti, Adia 1 muncung panjang pasal hotel ni tak serve breakfast. Adia 2 pulak keciwa patah hati pasal tak de bathtub.....adoila, demand2 sungguh bebudak tuh.


MiMi "2" ADIA

Isnin, 12 September 2011

Kebakaran...ohhh

Tadi tengah syiok2 wat koje, tetibe je opismate, Sal lari masuk dengan cemasnye. Die kate ade kebakaran kat kampeni aku nih. Dah tu aku pun tanye, kat ner. Die kate kat belakang opis tempat aku kije ni la. Ooohhhh...tu je yang aku cakap. Pastu bole lagi aku lepak2 kat opis sambil wat koje yang bertimbun2 tuh. Cam x de perasaan langsung kan. Agak2 boleh dapat anugerah pekerja terbaik x? Kyusuk nye wat koje. huhuhuh.

Lepas kene halau baru la terhegeh2 keluar....Lepak2 kat luar plak. Tak lame pastu ade la 2 bijik kete bomba masuk. Yang pelik nye, asik nampak asap je, api x de plak huhuhu. Tapi x lame pun dok kat luar. Adela dalam setengah jam.


MiMi "2" ADIA

Khamis, 25 Ogos 2011

TGI Friday's (Thanks God, It's Fridays)

Entry kali ni aku nak kupas cket pasal restoran nih. Aku tak pernah pun masuk / kepingin nak makan kat ctu. Tapi mengenangkan dulu ramai kengkawan yang ajak makan kat ctu. Tapi mase tu aku memang dah tau yang restoran ni x de status halal + ramai yang dah cerite kat aku yang makanan kat ctu dicampur ngan wine. Ade jugak aku nasihatkan kengkawan yang suke makan kat ctu. Tapi bagi diorang mudah je. Diorang kate, "ala...memang la ade wine. Tapi nanti kite mintakla diorang masak tak letak wine". Tapi diorang tak pikir ke, even makanan yang diorang order tu tak campur ngan wine, segala pinggan mangkuk periuk senduk tu tetap ade sisa2 wine.....huhuhu

Baru2 ni aku dapat email pasal restoran ni....Aku lampirkan kat bawah. Aku harap sangat kepada kengkawan yang berfahaman camni (segalanye mudah) boleh amik iktibar ye!!!!



Subang Parade, Subang
 
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.

Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.

Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan Buffet Ramadan di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…

Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma Buffet Ramadan atau Menu berbuka puasa boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.

 
Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.

Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol

Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.
Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.

Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim
Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine


MiMi "2" ADIA

Isnin, 22 Ogos 2011

Kuih Raye

Tahun ni aku buat 1 je kuih raye..........old time & always feberet = kuih sarang semut. Rasenyer aku wat banyak, tapi hasilnye apsal cket ek??? Nanti nak bagi kat mak, bawak balik rembau lagi. Agak2, nak kene buat lagi ke?


Sarang semut sebelum kejadian. Penat tu nak parut

Yang ni lepas kejadian

Watak tambahan dalam proses nak buat sarang semut

Watak tambahan bersama watak utama dalam kacau mengacau nih


MiMi "2" ADIA yang sakit pinggang lepas buat kuih...adoila. Dah kertu nih

Nyaris Eksiden....huhuhu

Jemahat lepas berlakulah satu kejadian yang boleh merentap jantung daku. Mase tuh, aku baru je balik kije. Jalan yang biase aku lalu adalah Jalan Bukit Kemuning. Jalan tu agak sibuk la jugak ngan lori2 besau + bas2 besau.

Sedang aku pandu ngan konfidennye kat jalan tuh, tetibe aku nyaris kene hantam ngan lori kontena beras dari tepi. Mak aih, mate aku jelas nampak kepala lori dok kat sebelah aku. Dengan coolnye (x de maknenye cool, gelabah + mengucap panjang) aku terus belokke kiri cket n teruskan perjalanan. Nasib baik x de orang tengah jalan kaki kat ctu, kalo tak naye je kene langgo. Yang drebar lori tu pun nasib baik brek mengejut. Kalo due2 panik, mau aku dah terlantar kat spital...huhuhuhu. Nauzubillah...mintak dijauhkanlah

Puncenye, lori tu x nampak aku, aku pun x nampak lori tuh sebab pandangan kitorang terhalang dek sekor bas besau.


MiMi "2" ADIA yang harus lebey berhati2 bile lalu kat jalan tu

Selasa, 9 Ogos 2011

Puase....Lemau....Bonus

Di bulan pose ini, aku telah dilanda ke'lemau'an yang melampau....sampai bos kate " shiema, apsal u seem like battery weak?" hohohoh

Di kala ke'lemau'an melanda, aku tak tau nak wat ape, walaupun keje berlambak-lambak. Nak buat mane satu pun aku tak tau. Bos pulak menjeling-jeling je (misti wonder why, apsal la minah ni?)....dan aku pulak membalas dengan pandangan + tersengih2 sambil berkate "bosss, gomen dapat bonus, kite pulak bile nak dapat?" hihihihi


MiMi "2" ADIA