Kawan2

Selasa, 12 Februari 2013

Nasi Kandar Kudu

Kepada peminat tegar nasi kandar, jangan lupe mai kat sini ye. Inilah nasi kandar pertama yang aku makan masa zaman kanak-kanak riang dulu. Bunda la yang ajar makan mende nih, hingga menyebabkan aku menambah nasi kandar sebagai salah satu list peberet aku. Kedai ni terletak di Medan Tunku, KL......ala, kat depan Tune Hotel je. Kalo nak tau, dulu aku lahir kat dalam bangunan Tune Hotel hihihi.....dulu bangunan Tune Hotel adalah Pusat Rawatan Sentosa.


Tu diaaaa...beratur dulu ye. Ni aku pergi hari cuti tau.
Harga memang berbaloi dan agak murah berbanding kedai-kedai nasi kandar yang glamour kat sekitar Klang Valley. Aku dan Honda Guy bungkus 4 nasi kandar, setiap satu lauknya adalah kambing, ikan, sotong dan daging hitam. Balik rumah, berebut makan sampai licin ....


MiMi "2" ADIA burpppppppp!!!

Tiada ulasan: