Kawan2

Khamis, 8 Januari 2015

Delloyd Family Day

Tahun ni Delloyd Family Day agak spesel sikit, tak macam tahun-tahun yang dulu, manjang je buat kat Desa Water Park. Kali ni 30th Anniversary punya pasal, venuenya dibuat dekat Sunway Lagoon. Memula tu, ramai gak yang participate, rugi wooo sape tak pergi. Tapi, bila HR keluarkan memo sesiapa yang dah beri nama tapi tak pergi di hari kejadian, maka terpotonglah gajinya di hujung bulan nanti. Wah....ramai pulak yang cancel, yela kite mane tau apa yang bakal terjadi, dibuatnye tetibe ade kecemasan dah tu pulak g daftar nama family sampai 5-6 orang (bayangkan jumlah yang dipotong antara 80 ke 100 henggit seorang............huhuhu nangessss!!!).

Di hari kejadian, pagi-pagi lagi aku dah sampai..........bukan ape, just nak cop parking dekat2 ngan pintu, malas pulak nak jalan jejauh bila balik nanti.Tapi yang tak beshnya, kene tunggu lama la pulak untuk main door open.....huhuhu.




Since sebelum ni aku dah ke sini 2 kali (refer entri sini), jadi aku dah aim aktiviti ape yang nak buat kali ni n yang paling 2 orang Adia tu nak bercemporo. Masuk 5D Splash entah berapa kali, sume game kat area cowboy pun asyik mengulang je, sampai aku pulak naik buhsan. Adia1 nak naik roller coster, terpaksela aku tunggu die selesai dekat 1 jam jugak....sigh. Dah alang2 dia naik roller coster, aku pakse dia naik Tom a Hawk......biru muka ahahaha, tu pun nasib baik kapal pirates tak berfungsi hari tu. Gelongsor-gelongsor air tu kitorang tak pergi sebab Adia2 tak cukup tinggi lagi n aku dah tak sanggup nak tunggu Adia1 beratur lelame. Baik la diorang main kat kolam bawah je. Dah kecut kulit memasing, kitorang merayap pulak kat ala-ala taman haiwan. Dulu ade rimau putih yang beso kat lorong kedai-kedai tu, la ni dah pindah kat taman haiwan........tapi tak nampak pun masa kitorang sampai. Binatang yang besar-besar sume nye g yorok / tido kot, yang show off binatang kecik-kecik je. Lastly, kitorang masuk rumah hantu zombie....memula tu 2 orang Adia tu cakap besar, sekali bila dekat pintu masuk, Adia1 sibuk je nak rapat-rapat, Adia2 nanges terus............Aku terus seret je budak-budak tu, saje bagi berani sikit. Aku cakap kat diorang, kalau zombie tu datang, tampo je muka / tendang je kat kaki....huhuhu, memasing dok geleng kepala hahaha. Rumah hantu ni pun bukan lah seram mana pun, maybe aku penah masuk rumah hantu yang lagi horror kot, tak pun pernah nampak yang real punya.


















MiMi "2" ADIA main door dah nak tutup, baru lah terhegeh-hegeh keluar....ahahaha

Tiada ulasan: