Kawan2

Selasa, 6 Januari 2015

Cameron Highland....weyyy

Setelah sekian lame tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highland (adela dalam 6 tahun kot...), akhirnya sampai lagi rejeki aku ke sana lagi. Ni semua adik aku punye idea......sebab dia dah tempah apartment kat Tanah Rata. Selama ni kalau ke sana just lalu n singgah je....trip kali ni aku ngan family nak merasa plak tido kat tanah tinggi ni....nak tengok boleh tahan ke idak. Al-maklumla, kitorang ni sumenye datang dari baka yang tak tahan sejuk (tapi baka yang jenis ni tak turun pulak kat 2 orang Adia tu....diorang baka mat salleh ikut En Suami huhuhu).

Malangnya beberapa hari sebelum kami pergi tu, berlaku pulak bencana kat Bertam Valley. Kitorang dah serba salah nak pergi ke idak....tapi apartment dah bayar.....kebetulan sorang adik aku tu memang selalu ulang alik ke Brinchang / Tanah Rata sebelum dan selepas bencana. Dia kata OK je, just jangan lalu tempat kejadian je la....

Kami bertolak Sabtu pagi terus ke Simpang Pulai, collect dulu sorang adik aku kat sane hihihi. Cuaca tak berapa baik, sepanjang hari mendung & hujan je, dah tu kabus punya la tebal especially dari Simpang Pulai ke Kg Raja. Dah sampai sana, macam biasa la asyik menyinggah je sane sini.....hihihi. Tapi bila keluar kereta je, angin tanah tinggi + hujan gerimis = sejuk weiii hahahaha.

Bharat Tea


Taman Rama2
Malam tu kitorang ke pasar malam Brinchang, hajat di hati mau borong Strawberry kat sane, kabarnye rege Strawberry kat pasar malam jauh lebih murah dari kedai2 di siang hari. Memang betul pun n aku berjaya borong 3 tray hahaha.....jangan risau Adia2 giler makan Strawberry. Malam tu aje, kitorang dah kenduri 1 tray, sekelip mate pulak tu. Tapi gile la sejuk bila waktu malam kat sane, dengan hujan lagi....tak tahan woooo. Memang sahih la aku tak bole g obersea yang cuaca sejuk-sejuk nih.

Esoknya, cuaca cantik & cerah. Nak jalan-jalan pun syiok n dah tak rase sejuk langsung. Tapi, bila tengahari je, jalan dari Brinchang ke Kg Raja dah start jem. Gile lah terkemut-kemut jem naik bukit pusing-pusing bagai. Orang yang jalan kaki pun boleh potong kitorang weii.

MARDI - Taman Bunga
MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Bunga

MARDI - Taman Herba

MARDI - Taman Teh

MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
MARDI - Taman Teh
Overall sepanjang jalan dari Kg Raja ke Tanah Rata nampak agak kotor n berlumpur sikit, maybe sebab hujan turun hampir setiap hari. Tapi kan, punyela ramai mamat bangla kat sini. Mana-mana je nampak muke diorang, kedai mamak punyalah berlambak. Bukit-bukit pun banyak yang dah kene tarah.......nampak putih plastik je.



MiMi "2" ADIA berbeza sungguh Cameron dari zaman aku kecik, sederhana kecik, separa dewasa, dewasa....

Tiada ulasan: