Kawan2

Ahad, 30 Jun 2013

Daku Accident


Tengahari tadi aku accident ngan satu budak moto dekat roundabout kecik sri muda. Aku nak ke kanan, die plak nak ke kiri tapi nyelit kat belah kanan aku. Die kate die tak salah, n of kos aku kate tak aku tak salah jugak sebab aku da lama bg signal. Aku btegas nak report polis. Org da mula ramai. Budak tu mcm da takut2 tapi ade satu mamat yg cbuk backup budak tu. Die mintak 50 utk repair moto, abis tu kete aku kene ketuk sape nak tanggung? N ramai yg advise suruh aku wat report. Tapi en suami kate settle kat ctu n bg 50 kat diorg. Lepas budak tu blah, en suami kate nak buat report x de hal, tapi die kenal ngan mamat yg backup budak tu, geng gaduh kat area ctu. En suami risau kalau diorg cam krete aku pastu ntah ape2 yg x baik jadi nanti, sape yg susah? Eeee menci betul bile jadi accident ngan kaum diorg ni. Kalau sebut karang, nanti jadik racist plak. Asik kite je nak ngalah haishh.



 MiMi "2" ADIA geram lagi ni
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 10 Jun 2013

Report Kad

Sabtu lepas aku kene attend perjumpaan ibu bapa untuk taska Adia2.



Paling tak boleh blah kat catatan dari cikgu....'peramah' betul anak aku nih. Sampai die yang p ajaq cikgu dia balik huhuhu.


MiMi "2" ADIA

Selasa, 28 Mei 2013

Sunway Lagoon lagiiii

Hari tu Adia1 dapat kupon Sunway Lagoon which buy 1 tiket dewasa, free 2 tiket kanak-kanak riang. Jadik, hari cuti baru-baru ni daku bersama 2 orang Adia ke sana lagi.....Aku sampai sane, dekat-dekat jam 10, gate pun tak bukak lagi. Yang bestnye, kali ni orang tak ramai macam mule-mule aku datang dulu. Nak beli tiket je dekat satu jam. Kali ni just beratur beli tiket n masuk gate dalam 15 minit je.

2 orang Adia tu dah meroyan bila masuk situ....tak tau nak pegi mane satu dulu. Dah puas main n jalan-jalan kat atas, g mandi pulak kat bawah tu. Memule tu berangan nak naik Vuvuzela, sekali tengah maintenance daaa. Setakat main gelongsor air yang tinggi tu je la, tu pun Adia 1 je yang main. Adia 2 tak puas hati.....dok pertikai, apsal die tak boleh main gelongsor tinggi tuh. Padahal, die tak cukup 0.1 meter untuk lepas main mende-mende tinggi nih. Tapi ade satu game air baru yang best n kitorang masuk sampai 3 kali. Sanggup beratur lame tiap kali nak masuk....Waterplexx 5D. Yang ni intro die pun dah ala-ala roller coster, pastu banyak gak la adegan yang boleh gugur jantung......yang bestnye habis basah sume orang kat dalam tu kene splash air.

Dah puas main air sampai kecut tangan memasing, barulah kitorang tukar baju balik. Naik atas, sebelum keluar tu, bebudak ni ajak main lagi kat bahagian atas....hei la. Kalo nak diikutkan nafsu bebudak ni, sampai bila-bila pun takkan puas main.









 





MiMi "2" ADIA

Rabu, 15 Mei 2013

Buah Hantu

Adia2 bangun pagi-pagi buta, turun bawah, bukak peti ais....nampak buah nona. Ambik buah nona....makan sambil tunjuk depan Adia1.

Adia1: Hantu buah betul!!!!

Adia2 terus makan dengan kusyuk....Aku pulak turun bawah.

Adia2: Mimi, Ari makan buah hantu....
Mimi: Hah....mana pulak datang buah hantu
Adia2: K.Long kate ni buah hantu



MiMi "2" ADIA lorrrrr..........

Marilah Mari........Pergi Mengundi

Meriah betul bila masuk musim mengundi ni.....Poster bendera penuh sana-sini. Sebagai rakyat Malaysia yang baikkkk.....wajibla bagi aku pergi mengundi.


Shah Alam

Shah Alam

Merbau Sempak

Merbau Sempak

Merbau Sempak


A usual..............macam hari mengundi yang dolu-dolu, aku ngan family aku biasanya serbu pusat mengundi kat skola Merbau Sempak waktu petang. Time ni biasanya dah tak de orang, jadik tak yah la nak beratur panjang + menunggu lama.



Bahan bukti

Selesai je aku mengundi, tetibe je aku dapat satu call.....

Caller: Betul ke nama cik Norxxxxxxxx
Mimi: Ye
Caller: Kami dari SPRM
Mimi: Suruhanjaya Pencegah Rasuah ke?
Caller: Ye....kami cuma nak tau cik dah ngundi ke belum?
Mimi: Boleh saya tau apa kene mengena SPRM dengan saya mengundi?
Caller: Errrr....mmmm....kalo cik belum ngundi, kami boleh jemput cik.

Aku tanye lagi soalan yang sama, still tergagap nak menjawap pastu balik-balik tukar topik. Sudahnye, aku tutup phone terus. Malas nak layan mende-mende cam nih...

Keputusan pilihanraya, semua orang dah tau. Memetik kata-kata salah sorang blogger dari  Delloyd (Pakcik Aziz) "Apabila mengucapkan keputusan PRU ucapkanlah ‘ Tahniah’ dan ‘Takziah’ secara serentak"....


MiMi "2" ADIA

Jumaat, 3 Mei 2013

Kempen Pilihanraya

Marin, daku ke pasar malam kat sek ##. Tengah syiok usha makanan, tetiba daku tengok kat depan ade satu group politik sibuk berkempen dekat ctu termasukla calon parlimen kawasan ni, En Amat (bukan nama sebenar). Biasalah musim nak mengundi ni, la ni baru nampak batang idung. Honestly aku memang tak suka ngan En Amat n parti dia sekali, rasa nak tumbuk je....warghhh. Kalau the taksubers of En Amat ni tau, teruk aku kene hentam ni....silap hari bulan fb ngan blog kene hack, walaupun ni negara demokrasi (suka hati aku la nak cakap / tulis apa) Jadik aku berusaha untuk blah dari ctu, malangnya misi aku fail sudaaa. En Amat berjaya tahan aku...

En Amat: Assalamualaikum
Mimi: Waalaikumsalam (jawab bebaik derr walau dalam hati nyampah)
En Amat: Ngundi mana? (soalan wajib bagi mana-mana calon....diorang hapal ek???)

Yang penting aku jawab bebaik walaupun aku tak suka dia. Tapi cara aku jawab macam aku tengah rush gilerr (nampak bebeno tak ikhlas kan?). Bagi aku walau benci mana pun kite kat calon n parti tertentu tu, tak perlu la sampai dok fitnah n maki hamun sana sini....tak kira la the macai atau the taksubers mana-mana kem pun, cakap / tulis macam orang tak dak ugama @ akal (mak aku kata ni pesen akai letak kat lutut hahaha). Sudahnya memasing gak yang sakit hati, pastu gaduh la pulak. Tak de penyakit, carik penyakit hahaha.


MiMi "2" ADIA wajib pergi mengundi, yang belum cukup umuq / tak g daftar tu....diam-diam suda ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 26 April 2013

Server Down

Minggu ni memang minggu yang memenatkan....huh!! Lebey seminggu aku berkampung kat TM Data Centre, Brickfield. Mana taknya, Intelli server kene attack ngan virus....(sila gelak sebab server nih takde anti virus, aku memang courious dari dulu lagi pasal mende nih)

Dahlah asyik ade misscommunication dengan vendor kat Taiwan.....sah-sah diorang mengaku tak berapa paham english. Nak tak nak, terpaksa lah bos kecik aku call diorang n speaking Mandarin....Bab kene marah ngan kastemer toksah cerite la....siap mintak pampasan bagai (eleh, takat 10 hengget je pun untuk seminggu tak de servis). Hari-hari balik malam, paling lewat pun kol 11 baru sampai umah. Tak pasal-pasal gastrik datang balik, sebab pressure + makan tak tentu. Dalam server room mana bole makan / minum. Kalau waktu siang tu, bole la jugak curi-curi masa turun bawah sebab ade kafe. Bila malam terpaksalah aku dinner ngan coklat bar.....Minggu pertama bole bertahan lagi, g klinik amek injection. Masuk minggu kedua, bila server dah cool down, terus dah tak tahan....MC terus.

Ramai kawan aku tanya especially Delloydssss, aik takkan ko sorang je yang kene settle issue ni, bukan patut si Busuk tu ke yang kene pegi sane. Lagi pun dia mana ada family komitment.......ceh!! kalo nak diharapkan si Busuk tuh, lingkup tak boleh bangun-bangun dah Intelli nih. Kengkununnya dialah manusia yang banyak kije.....padahal ape pun tak bole, lembab satu hal pulak tu (Bayangkan external installer boleh install gps dekat lori dalam masa setengah jam....tapi dia 1-2 jam). Dia punya pasal dari sakit biasa terus jadik teruk.....tak pasal-pasal aku kene g klinik sampai 2 kali dalam sehari......Warghhhh


MiMi "2" ADIA dok kat umah dapat MC pun idup tak senang.....tepon asik berdering je, Busuk punya hal la ni....En Suami marah, suruh tutup je tepon tu.

Hal-hal Kawen 2: Jelebu Ceremony

Ah....lambat jugak update kali nih....huhuhu
Kali ni seyes gambar ni jer yang dapat aku senappppp. Maklumlah.....sibuk jadik orang pangkal. Pengantin tengah berarak pun aku still lagi kat dapur, serabut + pening-pening dengan macam-macam hal. Dahla perut ni wat perangai dari semalamnya, sampai terbongkok-bongkok aku wat kije.


Majlis kali ni, buat dekat kampung abah (Kerangai, Jelebu). Aku bertolak balik hari Jumaat tengahari. Lewat pulak aku bertolak sebab aku kene g klinik dulu amik MC (gastrik nih time-time camnila ko nak datang kan?) n tunggu delivery bahulu gulung. Sampai kampung lebey kurang kol 3 lebey, orang kampung dah stat wat kije (potong bawang, blender cili, basuh ayam, etc). Aku just tolong yang ala-ala je sebab dah terbongkok-terbongkok gastrik punya pasal.

Besok paginya aku dah sibuk kat dapur.....siapkan air & makanan orang-orang pangkal untuk minum pagi, preparation untuk lauk pengantin, bungkus-bungkus lauk, doorgift, bla bla bla. Tu tak masuk lagi keluar masuk toilet 5-6 kali huhuhu. Lepas habis majlis, kemas lagi lauk-pauk.....Lewat petang susun pinggan sikit-sikit. Waktu malam pulak, ada majlis memperingot (pengantin mengadap orang-orang tua kat kampung, dengar nasihat diorang pasal alam selepas kawen)

Besoknya, just continue kemas-kemas rumah, susun balik pinggan mangkuk periuk bagai......petang sikit, aku pun bertolak balik.


MiMi "2" ADIA penat giller sey

Isnin, 8 April 2013

Hal-Hal Kawen 1: Nikah Ceremony @ Kemaman

Pheww......lama dah tak update, cbuk nguruskan persiapan kawen Honda Guy + kije kat opis yang bertambun-tambun (ntah bile nak habis, aku pun tak tau la....huhuhuhu).

Sabtu pagi aku bertolak ke Kemaman.....tempat wajib singgah dulu haruslah genting sempah untuk mengorder sekilo buah berangan, hambek ko makan la sampai lebam....warghh. Planning nak mancing kat port Kuantan, tapi macam tak sempat je, sebab dah petang n En Suami ngantok suda. Tapi dalam ngantok-ngantok tu sempat lagi menyinggah kat Teluk Mok Nik n belasah satar.....

Boleh pulak korang tahan bahang kepanasan kat pantai tu ye





Now U see......

Now U don't.....


Kami check in kat In Trend Hotel, sebab hotel yang biase kami lepak dah penuh, cuti skola la katakan. Dan sebab cuti skola jugakla harga hotel melambong......kadang-kadang rase macam mahal pulak tapi nak wat camne, no choice.



Lewat petang 2 orang ADIA tu dah menjerit......abah janji nak bawak mandi laut!!!!!!. Wokey, wokey....kami pun terus ke Teluk Kalung, Kijal. Maap la ye, tak de gambar kat pantai yang cantik ni pasal sume dah tak sabar-sabar nak mandi. Pantai memang cantik, putih n air laut jernih lagi landai.

Hanya gambar waktu nak balik je aku sempat sennappp

Malam tu aku mau makan ikan bakar, tapi kalau ikut history aku kat sini, setau aku la restoran ikan bakar tak banyak.....kalau ada pun sangat mahal + tak sedap + lama gila menunggu (macam ikan takde n tokey kedai kene g pasar beli ikan dulu). Tapi satu tempat je yang aku tak pernah try lagi....Warung Aziz Satar kat Kg Geliga. Hari tu pergi, ikan suda habis. Kali ni pergi awal, ikan ada tompi.........sambal suda habis waaaa!!!! Tak aci betul lah.

Sotong celop tepung last kopek

Teh tarik.....tingginye buih!

Dari luar inagtkan otak-otak....tapi isi ikan ngan sambal

Ikan bako takde....ikan stim gantinya huhuhu


Besok pagi kami terus check out hotel n g sarap kat Kemaman Kopitiam. Huh....gile lembab, takat mintak roti bakar je pun. Nak kate ramai pun tak jugak, just ada 2 family je termasuk kitorang kat ctu.

Muka budak kecik merajuk pasal tak dapat pegang kamera amik gambar

Dah OK!



Lepas sarap, kami terus ke Mok Ku's Guest House sebab sume family berkumpul kat sane. Jam 10 lebey kami berombongan la ke rumah pengantin pompuan. Silalah tengok gambar yang banyak kat bawah ni.

Pengantin nervous sebelum nikah

Mak pengantin

Sedara-mara
Mak-mak sedara dari Jelebu





Pengantin pompuan






Pengantin with mak pak pengantin lelaki

Yang dok kat pelamin tu nenek n nek sedara dari rombau

Yang hijau tu, hantaran dari pihak lelaki



Antara hantaran dari pihak pompuan






Buffet kaunter

Buffet kaunter

Walauwehhh...kaki pengapit lelaki....bace doa pun stylo





Pung pang pung pang, selesai suda.....lepas makan, semayang n yang seangkatan dengannya......aku n En Suami g beli udang n terus ke Port Kuantan dengan satu tujuan.....mancing! Lepas puas hayun pancing, kami jalan-jalan lagi usha port baru.....Bak kate En Suami, die cukup suka kalau aku follow skali sebab mesti jupe port baru yang lagi best punye. Lewat petang baru la kami bertolak pulang.



Batu-batu beso kat Port Kuantan




MiMi "2" ADIA