Kawan2

Ahad, 29 Januari 2012

Cuti Paksaan

Untuk Tahun Baru Cina ni, aku & kawan-kawan opis termasuklah bos aku yang hensem tuh telah dipaksa untuk bercuti selama seminggu. Maksudnya, kitorang ni wajibulghunnah untuk force leave selama 3hari (selepas tolak cuti umum 2 hari). Cisss!!!! Hantu betulla bos besau tu. Ko kalo nak cuti, cuti la sensorang, janganla libatkan kami pulak. Bile orang lain dengar pasal bende ni jadik pelik.....yela, orang lain berlumba-lumba nak cuti, kitorang pulak tak mo cuti.

Sebab pertama kami seopis tak mo cuti adalah karena force leave. Maksudnya kene potong cuti annual leave memasing. Habislah cuti kami....raye puase pun force leave, ni nak cuti maulud nabi pun force leave jugak.....nati bile nak bercuti-cuti malaysia atau emergency leave dah takde pasal cuti dah habis.Tak pasal-pasal pasni sampai hujung tahun asal cuti je, kene potong gaji...huaaaa.

Sebab kedua, En suami & Adia 1 memasing tak bercuti a.k.a berkerja & bersekolah....maka tak bolehlah kitorang bercuti-cuti melesia.....tak pasal-pasal aku jadik ayam berak kapur kat rumah sensorang....ape la aku nak buat sensorang kat rumah nanti yek!!!!

Sebab ketiga, kami kat opis tu memang sentiasa ade kerja nak buat.....bila balik je dari cuti, mesti bertambun-tambun kerja nak dibuat. Sedangkan kalo lepas cuti sabtu dan ahad pun cam dah tak boleh bangun n bercakap bile hari senin, inikan pulak cuti 9 hari...huhuhu

Sebab keempat, kat Delloyd tu, sume orang dah stat kije hari khamis (diorang pun kene force leave gak, tapi hari rabu jer)....kampeni kami je yang tak kije. Ape kes? Kalo sume orang kat Delloyd cuti, takpe la jugak.... Bile staf-staf lenlain dengar kabar yang kami bercuti, kemain lagi jeles mereka-mereka itu sebab mereka tak boleh bercuti. Tapi, mereka-mereka itu memang kaki cuti pun. Tak sah kalo dalam sebulan tu mereka tak bercuti. Jadik istilah potong gaji bagi mereka ni, kire small matter kot..huhuhu


MiMi "2" ADIA yang sebenarnye seorang pekerja yang workholic & berdedikasi (sila muntah....:P) hihihi

Tiada ulasan: